in

“Kau tu lelaki tau” – [VIDEO] Pengguna Tandas RnR Bengang Diintip Sesama Jenis

Lelaki Intai Sesama Jenis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini bukan sahaja golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak yang harus berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling, tapi golongan lelaki juga patut berwaspada kerana dah banyak kes jenayah yang suspeknya menyasarkan golongan ini.


Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki kantoi mengintip di tandas lelaki sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Perai, Pulau Pinang.

Kau lelaki tau! Kau ketuk pintu aku nak mandi!

Menerusi video viral yang telah dimuat naik di Facebook, jelas dilihat seorang lelaki bersanggul dan memakai uniform menceroboh masuk dan mengintip ke dalam sebuah tandas lelaki. Menurut mangsa yang diintai, lelaki tersebut telah mengetuk pintu tandas semasa dia masih berada di dalam.

Saya minta maaf, saya tak buat apa pun

8 10

Mungkin sedar perbuatan yang dilakukan itu dirakam, suspek meminta maaf kepada lelaki tersebut semasa dia memasuki tandas. Mangsa juga sempat menendang pintu tandas kerana terlalu bengang dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Kata lelaki beruniform itu, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan langsung terhadap lelaki itu semasa dalam tandas berkenaan. Difahamkan lelaki tersebut terus melarikan diri dari tandas berkenaan ke sebuah stesen minyak berhampiran dengan RnR.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet di mana ramai yang memberi pendapat bahawa jantina lelaki pada masa sekarang juga sudah tidak selamat daripada menjadi mangsa individu pelik dan menakutkan di luar sana.

7 10

Nampaknya lelaki zaman sekarang pun kena hati-hati tau!

Baca: “[VIDEO] Wanita Trauma Jaga Kedai Lepas Didatangi Lelaki Creepy Berlakon Jadi Suami”

10 2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.