in

“Sangat-sangat tak patut interview anak dia” – Wardina Beri Teguran Isu Kecaman Terhadap Anak Zahnita

wardina tegur netizen wartawan anak zahnita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, tular temubual yang menampilkan anak kepada usahawan yang juga model dan pelakon, Zahnita Wilson bercakap mengenai situasi yang berlaku di antara ibu dan bapanya yang kini dalam proses perceraian.

Dalam temubual tersebut, Zahrafeena mendakwa gambar mata lebam yang dikongsi ibunya adalah gambar lama dan dia juga mengakui berasa lebih selesa menetap dengan bapanya selepas Zahnita bertindak keluar dari rumah mereka dan pindah ke tempat lain.


zahnita

Artikel berkenaan: Terkilan Zahnita Didakwa Cakap Tidak Benar, Pai Jualan Sebenarnya Resepi Ibu Mentua?

Artikel berkenaan: “Saya memang ada belajar tapi…” – Zahnita Nafi Tuduhan Muay Thai-kan Suami

“Sangat-sangat tidak patut interview anak dia” – Wardina 

Disebabkan sesi temubual itu, ramai di kalangan netizen telah melemparkan kata-kata kecaman terhadap anak Zahnita yang dilihat lebih ‘support’ bapanya dari si ibu.

Mengikuti kes tersebut, bekas pelakon Wardina Safiyyah telah memberikan teguran terhadap netizen untuk tidak meninggalkan komen negatif terhadap remaja tersebut.

image 1

Menurutnya, temubual berkenaan tidak sepatutnya berlaku kerana anak Zahnita masih lagi seorang remaja dan kemungkinan besar mentalnya tidak begitu kuat untuk menerima kecaman hebat daripada netizen.

Saya rasa sangat-sangat tidak patut untuk interview anak dia. Komen netizen terhadap anak Zahnita ini kurang ajar gila. 

“Budak tu, (masih) budak. Pertama sekali, anda tidak patut mendedahkan anak (dengan media). Bapanya bersalah dalam isu ini. Wartawan pun satu. Korangkan ada etika wartawan, jangan interview budak. 

“Budak tu tak ada the mental strength untuk tepis (kecaman). You ingat dia tak baca komen-komen daripada korang ni semua?” katanya.

Tambahnya lagi, anak-anak Zahnita kini berdepan dengan bebanan mental yang berat kerana perlu menghadapi masalah yang berlaku di antara ibu bapa mereka.

Kini bebanan mental remaja itu makin bertambah apabila terpaksa berdepan dengan komen-komen negatif netizen pula.

Kesian gila budak tu. Dia tidak bersalah. Dia terperangkap di tengah-tengah.

“Budak-budak tu anak-anak Zahnita semua mangsa keadaan,” katanya lagi.

Betul juga apa yang dikatakan Wardina ni. Apa komen korang mengenai isu ini? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.