in

“Sangap teruk dah kau ni, Wak”

Page Wak

Wak Doyok ni kalau tak bikin panas tak boleh ke?

Sebelum ni, Wak Doyok dah banyak kali viral. Bukan apa, ada je yang tak puas hati dengannya tak kira apa yang dilakukan. Kali ni, sekali lagi Wak Doyok dikecam netizen disebabkan kesalahannya sendiri.

Semalam, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor telah memuat naik gambar dengan buah durian. Tapi yang membuat netizen tak puas hati ialah caption dia yang berbaur lucah.

Durian adalah raja buah, tapi raja buah terletak di dada wanita.”

W1
sumber: instagram

Siapa yang tak marah kan? Ramai yang memberi respon dan mengatakan bahawa perkara macam ni tak elok lah nak jadi bahan lawak lagi-lagi sebab boleh dianggap sebagai gangguan seksual kepada para wanita.

“Kau main-main ek dengan perasaan perempuan. Ini dah kira gangguan seksual bro. Otak lu cetek aa….”

It’s not a jokeFunny eh bila sembang hal mak, kakak, adik perempuan and sepupu sepapat perempuan punya? You’re talking bout your relatives b**bs je kan? Tingginya respek you kat dorang.”

Public harrassment!”

Disebabkan hal ini yang dilihat tak senonoh, ramai yang cuba menasihati Wak Doyok kerana mereka melihat Wak Doyok yang berusia 39 tahun masih tak matang dan tak menjaga adabnya. Tak kurang juga yang menyuruhnya supaya cepat kawin.

W2
sumber: instagram

“Takpelah tunggu Wak ni kawin dah berbini ada anak perempuan nanti.. Baru dia menyesal perangai tua tak semenggah dia ni…”

“Wak kau tu dah tua.. Cuba lah bagus sikit perangai.”

“Sangap teruk dah kau ni wak.”

“Wak kena kawin ni.”

Haihhh.. Apa lah Wak Doyok ni. Kalau nak bergurau pun kenalah beragak. Bukan semua benda boleh bawak bergurau lagi-lagi hal macam ni. Sebagai public figure, dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.

Have some respect, bro!

Baca: Dikecam Tunjuk Gambar Anak Masih Bertali Pusat

Baby 758X398 1