Banyak pasangan diluar sana sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit demi memastikan majlis perkahwinan mereka grand macam selebriti-selebriti terkenal.
Malah pasangan akan pastikan tempat, pelamin, hiasan dewan, makanan, pakaian malahan doorgift dalam keadaan sempurna supaya majlis berjalan lancar dan tetamu yang hadir turut sama gembira.
Namun bagaimana jika segala perkara sudah tersedia, tetamu juga sudah memenuhi dewan tapi pengantin perempuan tak kunjung tiba? Ia sudah pasti akan memberikan ‘pengalaman paling duka’ buat pengantin lelaki dan keluarga.
Pengantin perempuan lari tinggalkan pengantin lelaki pada majlis perkahwinan mereka
Itulah yang dilalui pengantin lelaki ini pada 8 April lalu apabila pasangannya yang merupakan rakyat Kemboja menghilangkan diri dan meninggalkan lelaki ini bersendirian pada hari bahagia mereka..Kejamnya
Menurut sohavn, pengantin lelaki merupakan orang kurang upaya tidak boleh berjalan sebaliknya hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Dikatakan itulah faktor pengantin perempuan meninggalkannya selain atas sebab bantahan dan halangan keluarga.
So disebabkan segala persiapan telah dilakukan, majlis pun sedang berlangsung dan tetamu semakin ramai hadir ke majlis tersebut maka adik perempuan kepada pengantin lelaki membuat satu keputusan mengejut.
Adik perempuan pengantin lelaki memakai pakaian pengantin, duduk disebelah abangnya dan bertindak sebagai ‘pengganti’ pengantin perempuan. Walaupun tindakan adiknya itu dilihat sangat murni, namun itu tidak dapat menghapuskan kesedihan yang ditanggung oleh pengantin lelaki.”
Siapa tak sedih dengan pengorbanan adik perempuannya itu sehingga pengantin lelaki ini menangis sebab terlalu sedih dengan apa yang berlaku.
Untuk pengetahuan korang, majlis perkahwinan tersebut menjadi tular di media sosial. Malah rata-rata netizen kasihan dan pada masa sama berterima kasih kepada adik perempuan pengantin lelaki tersebut kerana melakukann sesuatu di luar jangka untuk menyelamatkan maruah keluarga.
Namun ada juga yang mengecam tindakan pengantin perempuan yang meninggalkan pasangannya sendirian pada hari bahagia mereka.
Korang boleh tengok video majlis dorang kat bawah ni :
Mungkin dia bukan jodoh terbaik untuk lelaki tu, kalau tak mana mungkin dia boleh tinggalkan lelaki tersebut macam tu je