“Sampai umur 95 saya akan berundur” – Dr Mahathir Setuju Dicalonkan Sebagai PM

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah nak dekat-dekat pilihan raya ni macam-macamlah cerita pasal politik yang timbul. Rakyat pun bolehlah buat keputusan nak pilih pemimpin yang mana korang rasa terbaik.

Khamis lepas, ada Wacana Sinar Harian ke-53 dekat Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) dekat Shah Alam and Dr. Mahathir buat kejutan sebab datang ke situ untuk ikut program yang tajuk dia “Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?”. Ramailah yang hadir siri wacana kali ni.

Sumber: Sinar Harian

Menurut mStar, masa beliau dekat situ, Dr Mahathir dipetik kata, beliau mampu menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (Harapan) menang PRU-14 walaupun umur beliau dah nak dekat 93 tahun.

Dr Mahathir pun bagitau kalau beliau tak yakin dengan kemampuannya untuk terajui pentadbiran negara, beliau memang tak akan setuju nak dicalonkan sebagai perdana menteri ni.

“Saya pun tidak akan duduk lama (sebagai perdana menteri). Saya ingat sampai umur 95 atau 96 saya akan berundur.”

Pasal pencalonan beliau, katanya banyak benda yang dia dapat lakukan dalam masa 100 hari je lepas Harapan ambil alih pentadbiran negara nanti.

“Antaranya, memulihkan semula sistem perundangan di negara ini, (menangani masalah) penyalahgunaan kuasa dan lain-lain.”

Sumber: Sinar Harian

Kerana usia Dr Mahathir yang dah lanjut, ramai yang mempersoalkan kemampuannya untuk mentadbir lagi-lagi lepas bekas Perdana Menteri tersebut mengalami batuk ketika sampaikan ucapan masa Jelajah Harapan di Gunung Besout, Tanjung Malim.

Kita nantikan aje…

Baca: Anwar Bakal Bebas 8 Jun Ini, Mahathir Diumu Calon Perdana Menteri Malaysia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.