in

“Sampai tercampak penyapu!” – Tengah Seronok Mengemas, Lelaki Melompat Terkejut Nampak ‘Ular’

Page Ular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang untuk ajak ahli keluarga join sama-sama aktiviti mengemas rumah. Apatah lagi untuk tengok diorang betul bersungguh-sungguh untuk bergotong-royong.


Biasalah, bila dah kata mengemas rumah, mesti setiap ceruk dan juga celah-celah perabot dalam rumah akan dibersihkan dengan sebaiknya. Demi menjamin kebersihan yang memuaskan hati, segala ‘harta’ akan dikeluarkan semasa mengemas.

Terbaharu, satu video di TikTok telah mendapat ribuan views dan juga likes kerana satu insiden melibatkan adiknya yang boleh dikatakan mencuit hati ketika mengemas rumah. Video tersebut boleh ditonton di akaun @fadida88.

@fadida88

hahaha mmg gelak 1 rmh tgk adik aku meloncat#fyp #kamisempoi♥️?

♬ original sound – Ida amoy – Ida amoy

Ketika mengemas rumah, adiknya dilihatkan sedang bersemangat untuk menyapu rumah menggunakan penyapu lidi. Alang-alang itu, dia menyapu sekali di bawah sofa untuk mengeluarkan kotoran atau habuk tetapi tanpa disangka, ‘ular’ tiba-tiba sahaja muncul.

Rata-rata netizen di bahagian komen terhibur dengan insiden dan reaksi adiknya kerana kelihatan betul-betul terkejut. Tak kurang juga yang menceritakan pengalaman mereka yang seakan sama ketika mengemas rumah. Hahaha.. Macam-macam lah korang ni! Terhibur Min jadinya.

Komen Full

Perkara itu telah menyebabkan dia terkejut sehingga tercampak penyapu yang sedang digunakan. Bukan tu je uolls, dia hampir-hampir lari lintang pukang. Rupa-rupanya, itu hanyalah ular mainan! Lahh, buat terkejut je!

Pastikan keselamatan diutamakan walaupun hanya mengemas rumah sendiri. Hal ini kerana kemalangan boleh terjadi dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Baca: “Setiap kali lalu mesti terkejut” – Nampak Ular Besar Melingkar Dekat Dinding Flat, Rupa-rupanya…

Untitled 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.