in

“Sampai tahap terpaksa pakai tuala wanita, kalau teruk pakai pampers pulak”- Setahun Bebas Kanser Limfoma Hodgkin, Remaja Diuji Kanser Usus Tahap 3 Pula.

Featured 21

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itu keadaan yang dialami pemuda ini meskipun masih dalam usia yang muda.

Siapa sangka berita gembira yang diterima Mohamad Nor Imran Mat Shah selepas disahkan setahun bebas daripada Kanser Limfoma Hodgkin hanyalah bersifat sementara apa bila dia sekali lagi menerima ujian berat apabila disahkan menghidap Kanser Usus tahap tiga.

Saya kena marah juga sebab sembunyikan kanser yang dulu, mereka anggap saya abaikan keluarga tapi saya sebenarnya tak nak susahkan ibu bapa.”

54419862 585721401934673 116884747526864896 N
Sumber : facebook

Memetik laporan mStar, Imran kongsikan yang dia mendapat perkhabaran duka didiagnos kanser buat kali kedua awal tahun ini.

“Saya kena kanser Limfoma Hodgin pada tahun 2015, waktu tu tahap dua. Setelah buat rawatan, saya bebas pada awal 2018”

“Hujung Disember 2018, saya rasa ada sesuatu yang tak kena apabila mengalami pendarahan sewaktu buang air besar. Masa bulan Januari tahun ini saya dapat tahu ada kanser usus, dah tahap tiga.”

Bagaimanapun Imran kata dia redha dengan segala ketentuan dan ujian yang telah diberikan kepadanya.

48413096 527949911045156 3088995540763934720 N

Pemuda berusia 23 tahun ini berkata dia rahsiakan daripa keluarga apabila dimaklumkan yang dia menghidapi kanser limfoma.

Namun selepas bebas daripada kanser tersebut dan kini didiagnos dengan kanser usus, Imran tekad untuk berterus terang dengan keluarga lagipun katanya ia sudah berada di tahap tiga.

“Kanser pertama hanya beberapa rakann sahaja yang tahu, tapi kali ni sesuatu yang besar bagi saya, jadi kena beritahu keluarga.”

“Mereka memang menyokong saya tapi mental saya memang kuat sebab masa kena pertama kali dulu saya hadapi seorang sahaja”

56560630 594168857756594 4960996120927928320 N

Katanya bukan mudah menjadi seorang individu yang didiagnos dengan kanser, banyak cabaran yang perlu ditempuh dan kesulitan yang dihadapi untuk meneruskan kehidupan.

“Saya terpaksa pakai tuala wanita, kawan perempuan tolong belikan.Bila darah terlampau banyak, saya pakai pampers pula.”

Malah dia juga alami muntah-muntah setiap hari selain terpaksa menjalani kemoterapi sebagai rawatan susulan kanser yang dihidapinya..Allahu kesiannya

51682616 568795876960559 4314717535606931456 N

Imran kata mula-mula memang dia kurang selesa dengan keadaan tersebut namun kini sudah menjadi kebiasaannya.

“Selepas rawatan pertama ada sesuatu berlaku yang mana pada waktu itu saya sedang berjalan dengan kawan, mereka tegur ada darah di seluar saya. Tapi tak sakit pun”

“Agak sukar khusunya sewaktu berada di tandas awam atau nak solat di surau, orang pandang pelik tengok keluar dari tandas lelaki bawa tuala wanita”

“Setiap dua jam kena tukar, mula-mula tak selesa tapi sekarang dan biasa nak buat macam mana. Selepas ke hospital dan diberi ubat, ia semakin kurang sekarang”.

Namun apa yang menyedihkan, Imran maklumkan disebabkan penyakit yang dihidapinya itu dia gagal untuk menerima Pentauliahan Diraja Pegawai Muda Palapes Universiti Awam Ogos ini yang disertainya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, selepas 3 tahun dia sertai latihan.

Today, i received two big news for me. First, I’ve got the confirmation from my officer that I cannot be commissioned…

Posted by Imran Mat Shah on Thursday, April 4, 2019

Untuk pengetahuan korang, Imran kini sedang berada di tahu keempat pengajian dalam bidang Sains Politik dan dia bercita-cita nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) suatu hari nanti.

Malah dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang supportive dan sentiasa ambil berat akan dirinya.

Semoga Imran terus kuat yer! Kami team Lobak Merah doakan Imran cepat sembuh.

Baca : Ibu kerja cleaner, ayah pula penoreh getah..- Kisah Sedih Gadis Penghidap Kanser Limfoma Tahap 4 Ni Buat Netizen Sebak

Fffff