in

“Ibu kerja cleaner, ayah pula penoreh getah..”- Kisah Sedih Gadis Penghidap Kanser Limfoma Tahap 4 Ni Buat Netizen Sebak

Feat 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehebat mana pun kita, sekuat mana pun tubuh badan kita pasti akan diuji oleh yang Maha Esa pada satu saat dan ketika. Namun persoalannya bagaimanakah kita berhadapan dengan ujian tersebut? Mampukah kita sebagai hamba-Nya melalui situasi ini dengan penuh tawadhuk dan sabar?


Sebagai ibu bapa pula bagaimana agaknya bila Allah uji kita dengan anak yang menghidap Kanser Limfoma tahap empat. Pada masa sama kita ditimpa kesusahan dalam pekerjaan, malah tersepit dengan dilema untuk bekerja yang gaji tak seberapa ataupun meluangkan masa menjaga anak yang menghidap kanser.

Palet darah kembali 0, Farahannis perlukan darah jenis B+ dan O

Itulah situasi yang dihadapi ibu dan bapa kepada gadis berusia 21 tahun ini, Nur Farahannis Hasdee yang berhempas pulas bekerja memastikan rawatan terbaik kepada anak gadisnya itu yang merupakan pesakit Kanser Limfoma tahap 4.

Dilaporkan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu kini sedang tenat dan terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Malah ketika ini dikhabarkan Farahannis memerlukan darah jenis B+ atau jenis O kerana palet darah nya kembali 0.

53792513 2243891315667805 2230009202619711488 N

54514515 2243891259001144 155295778221326336 N
Sumber : facebook

Mungkin ini merupakan dugaan terbesar buat ibu dan bapa Farahannis yang perlu ditempuh dalam meneruskan kehidupan. Ibunya yang bekerja sebagai cleaner manakala bapanya seorang penoreh getah seringkali berulang alik dari rumah mereka di Sik ke hospital di Alor Setar yang jaraknya kira-kira 70 kilometer sehala..Allahu hebatnya dugaan buat mereka.

Meskipun mereka menaiki kereta untuk ke hospital namun kenderaan tersebut sentiasa mengalami masalah selain sejak kebelakangan ini kesihatan ayah Farahannis juga terjejas sekaligus pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada si ibu.

53478358 2243901085666828 8735025369012240384 N

**Hebat sungguh dugaan buat keluarga nie, walaupun dilanda musibah mereka tetap sabar dan tawakal mencari jalan penyelesaian.

Projek Bantu Farahannis, hulurkan sekadar termampu 

Difahamkan Nur Farahannis dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dari sudut kos perubatan. Bagaimanapun begitu ibu ayahnya masih perlu menanggung beban membaiki kos kereta yang sering kerosakan, kos sara hidup sekeluarga selain juga kos minyak kereta untuk berulang alik dari Sik ke Alor Setar.

Atas rasa simpati dan perikemanusiaan wanita ini Noorhafizah Ramli di facebook telah memuatnaik posting bertujuan meringankan beban keluarga Farahannis. Selain memaklumkan keadaan Nurfarahannis yang sedikit sebanyak menyukarkan lagi ibu dan ayah gadis tersebut untuk menjalani kehidupan..Mulia betul wanita ni 🙂

Status 3
Sumber : facebook

Apa orang kata, hulurkan tangan ringankan beban. So kalau korang berniat nak membantu boleh je bank in wang korang di akaun Bank Simpanan Nasional ini : 02115-4100011046-5 atas nama Shaharom Bt Che Amin (Ibu).

Baca : Hanya doa dan air mata yang mampu kami buat setakat ini Ibu-ibu Pesakit Epidermolysis Bullosa (EB) Rayu Bantuan Alatan Dressing Anak Sebab

Babay

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.