Masih bercerita mengenai pengacara dan pelawak Shuk Sahar yang kini menjadi sebutan ramai susulan hantaran yang dikeluarkan oleh isterinya, Fara Salleh.
Isterinya itu mendakwa dia menyesal berkahwin dengan Shuk Sahar dan meluahkan perkara itu menerusi laman Threads.
Artikel berkaitan: “Seumur hidup tak pernah cerita buruk” – Shuk Sahar Buka Mulut Isu Rumah Tangga?
Artikel berkaitan: “Menyesal kahwin is so real” – Fara Salleh Luah Rasa Kecewa Kahwin Dengan Shuk Sahar?
Terbaru, seorang individu yang mendakwa dirinya rakan kepada Shuk mendedahkan pasangan itu pernah bergaduh besar ketika di Singapura.
Menurut individu yang dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai itu, Fara Salleh pada ketika itu sangat marah sehingga sukar untuk dibawa berbincang.
View this post on Instagram
“Dekat Singapura si F tu pernah marah dekat Shuk sebab saya berada di depan booth Shuk tolong meniaga nasi kerabu. Tahap marah dia tu sampai keluar booth jalan kaki dan nak balik naik bas. Padahal saya depan booth tu tolong meniaga barang Shuk.
Dia tolong masak dekat dalam. Shuk bisik dekat saya dengan rasa sedih. ‘Raje minta maaf, duduk dulu dekat booth lain, abang tak nak kecoh atau gaduh dekat sini’. Macam itu cakap Shuk backup member? Member sendiri pun dia suruh pergi untuk jaga hati isteri,” tulisnya dalam hantaran di IG.
Menerusi kapsyen, individu berkenaan berkata insiden itu berlaku tahun lepas dan perkara yang hampir sama terjadi lagi pada tahun ini.
Alamak, apa kes pulak ni?
Sumber: Instagram