in

“Sampai berdarah, baju terkoyak” – [VIDEO] Pakcik Dibelasah OKU Gara-gara Tegur Tak Boleh Bawa Masuk Motor?

Collage 21

Sekarang ni nak salahkan siapa?

Baru-baru ni, seorang netizen telah memuat naik video ke Twitter menunjukkan seorang pakcik berbangsa cina telah dipukul dan dibelasah teruk oleh seorang lelaki.

Menurut netizen yang menggunakan nama Rara ini, insiden yang berlaku di Taman Rekreasi Bandar Baru Sungai Buloh ini bermula apabila pakcik yang sedang bersenam di taman itu menegur lelaki tersebut kerana membawa masuk motor ke dalam taman itu.

Uncle tu pun tegur la kat sini tak boleh bawa masuk moto. Terus mamat tu mengamuk maki, tumbuk uncle tu, sampai baju koyak, then ambil ranting pukul lagi uncle tu.”

Dalam video yang dimuat naik ni, korang boleh tengok sendiri pakcik tersebut teruk dipukul hingga baju yang dipakainya koyak teruk dan berdarah-darah. Manakala ada lagi dua orang lelaki di tempat tersebut cuba meleraikan pergelutan tersebut.

Lelaki tersebut ada kad OKU

Menurut suami Rara, lelaki tersebut tinggal di taman berdekatan dengan rumahnya dan merupakan seorang OKU. Penduduk di sana turut mengesahkan yang lelaki ini memang boleh mengamuk tiba-tiba walaupun tengah minum dekat kedai makan sorang-sorang.

Screenshot 2020 10 16 At 1.30.17 Pm

Pun begitu, Rara menambah yang pakcik tersebut tak mahu membuat laporan polis ke atas lelaki yang memukulnya itu kerana tak nak panjangkan cerita. Allah baiknyaaa…

Screenshot 2020 10 16 At 1.31.39 Pm

Saya harap penjaga boleh kawal dia. Sebab kita tak tahu akan dtg apa lagi dia boleh buat. Ye la dia kan tak waras. Moga uncle tu cepat sihat. Hari ni tak nampak dia jogging. Selalu dia akan jogging pagi dan petang.”

Semoga pakcik tersebut diberikan kesembuhan…

 

Baca: “Dia pukul macam orang tu sand bag” – Trainer Gym Di PJ Didakwa Belasah Mamak Sebab Bagi Telur Mentah?

Screenshot 2020 10 16 At 1.37.35 Pm