Biasalah wanita yang mengandung mesti ada mengidam. Tapi, ada juga sesetengah yang mengidam pelik-pelik dan macam tak tercapai dek akal memikirkannya. Macam sebelum ni ada viral seorang wanita mengidam nak naik UFO (seperti diceritakan suaminya lah).
Ada juga yang teringin air milo dari lori dan ada yang mengidam masakan Khairul Aming yang dimasak oleh tuan badan sendiri. Selain makanan, memang wanita mengandung akan mengidam benda lain juga.
Macam seorang wanita dari Indonesia ini yang mengidam sesuatu yang tak pernah admin dengar sebelum ni. Melalui TikTok, @areularel ada berkongsi sebuah video menunjukkan betapa peliknya apa yang isterinya idamkan ketika mengandung.
Menurut Arel, isterinya itu mengidam untuk mengigit jarinya dan melalui video tersebut, wajahnya boleh dilihat berkerut kerana terpaksa ikutkan kehendak isteri yang mengidam untuk buat macam tu.
@areuarel Sereceh apa nyidam istri kalian😭 #fypmandiri
Walaupun Arel dah lepaskan jarinya, isterinya seperti mahu gigit lagi dan lagi. Sambil bermain telefon, isterinya menggerakkan kepala ke arah jari jemari Arel untuk digigit.
Pada pengakhiran video, Arel sempat tunjuk keadaan jarinya itu sampai ada bekas gigi disebabkan gigitan tersebut serta dipenuhi air liur isterinya. Haha redha jela.
Difahamkan, isterinya kini sarat hamil 7 bulan dan seperti ibu hamil yang lain, wanita tersebut tersebut mengalami sakit belakang. Kata Arel melalui sebuah video lain di TikTok, isterinya hamil anak lelaki dan dia cuba sehabis baik untuk sentiasa berada di sisi teman hidupnya itu (termasuklah merelakan jari sakit digigit).
@areuarel baru plg kerja gak capek malah pengen kerja lagi 🤖 #cucokcucucimory
Apa craving pelik-pelik lagi yang korang pernah dengar?