in

“Sale RM75, kena saman RM300” – [VIDEO] Remaja Kongsi Pengalaman Meniaga Car Boot Raih Perhatian Netizen Dan MB Selangor!

Aa 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan muda yang ingin memulakan perniagaan memang banyak cabarannya. Tapi siapa sangka satu cabaran yang dihadapi, sepuluh rezeki yang menanti.


Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh dua orang mahasiswa yang meniaga air minuman dengan cara ‘car boot’ di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Video berdurasi 56 saat yang dikongsikan oleh Isz di Twitter itu tular apabila mereka didatangi oleh pihak berkuasa tempatan walaupun tidak sampai 30 minit berniaga.

 

“Sale RM75, saman RM300”

Malang tidak berbau, mereka akhirnya disaman RM300 atas kesalahan menjaja tanpa lesen dan apa menyedihkan adalah hasil jualan mereka pada pagi tersebut hanya RM75. Alahai kesiannya.

A4 1

 

Dalam video yang mendapat 1.3 juta tontonan itu, mereka kemudiannya didatangi oleh seorang wanita warga emas yang memberi kata-kata semangat dan menyokong inisiatif anak muda yang ingin berniaga.

“Salah ke budak muda nak berniaga untuk cari duit lebih. Aunty respect korang punya titik peluh cari rezeki halal,”

A3 1 2

 

Pada masa yang sama, netizen turut memberi sokongan kuat kepada mereka dan memberi pelbagai cadangan untuk mereka lebih berjaya dalam perniagaan.

A 4 A1 2 A2

 

MB Selangor sedia hulurkan bantuan

Apa yang mengejutkan lagi, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari juga memberi respon terhadap kejadian viral tersebut dan berhasrat untuk membantu pemuda ini untuk mempermudahkan urusan berniaga di sekitar kawasan Shah Alam.

 

Pihak berkuasa hanya jalankan kerja mereka. Kita sebagai peniaga pun kena ikut prosedur. Meniaga ni memang banyak cabarannya. Yang penting kita teruskan usaha dan percaya setiap usaha pasti ada hasilnya! Haus pulak min tengok air yang dia jual tu.

Baca: [VIDEO] Bangun-Bangun Terus Menari, Netizen Terhibur Cara Geng Ini Kejut Rakan Bangun Subuh

Cats 13

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.