in

[VIDEO] Bangun-Bangun Terus Menari, Netizen Terhibur Cara Geng Ini Kejut Rakan Bangun Subuh

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harus diakui, zaman belajar adalah fasa yang paling seronok dalam hidup kita semua. Datang lambat ke kelas, tiru assignment rakan, lepak mamak sampai tengah pagi dan banyak lagi aktiviti yang pastinya akan dikenang sampai bila-bila.


Baru-baru ini, seorang pelajar UiTM Rembau ada berkongsikan sebuah video dia dan rakannya menerjah sebuah bilik. Menerusi akaun Twitter @naufalazis1223, lelaki ini bersama rakan yang lain cuba untuk mengejut rakannya yang sedang tidur untuk menunaikan solat Subuh.

“Cara kejut solat subuh zaman moden perlu sedikit duniawi”

3 4

Namun lain pula cara yang digunakan, mereka beramai-ramai menari dan memasang muzik yang kuat dengan menggunakan speaker, membuatkan suasana bilik menjadi riuh-rendah.

Pada mulanya, rakan mereka yang sedang tidur itu kelihatan berang dan cuba untuk tidur semula, namun dia akhirnya tewas dengan kerenah rakan-rakan yang begitu mencuit hati.

1 5

Secara tiba-tiba, rakan mereka yang tidur itu bangun dan turut serta menari di atas katil, mengikut rentak muzik yang dipasang. Melihat rakannya yang sudah bangun tidur, seorang pelajar yang memakai kopiah dilihat sedang twerk untuk menghiburkan lagi suasana. Amboi smooth betul!

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun mendapat hampir 700,000 jumlah tontonan dan 33,000 retweet. Di ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat geng ini dan kagum kerana mereka sudi mengejut rakan untuk bangun solat Subuh.

“Setiap kali subuh tulah aku kena heart attack”

A 7

“Teringat masa study dekat IKM”

B 6

“Teringat gegar subuh guna baldi”

C 9

 

Sumber: @naufalazis1223

 

BACA: “Konvo style baru” – UiTM Perkenal Konvokesyen Secara Janji Temu, Tapi Ini Reaksi Netizen

Capture 21

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.