in

Saksi Dakwa Bainun Mula Tak Suka Bella Gara-gara Tertarik Langsir Sampai Tercabut Besi

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbicaraan kes pengabaian dan penganiayaan terhadap remaja OKU Bella oleh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun masih diteruskan sehinga hari ini oleh saksi kelima Yasmin Nahar Mahmood.


Menurut Berita Harian, Yasmin yang juga penghuni rumah kebajikan tersebut mendakwa penderaan ke atas Bella ini bermula apabila mangsa tertarik langsir sehingga besi tercabut. Selepas kejadian tersebut, Bainun mula kerap memarahi Bella dan memukulnya.

Bella pernah masuk bilik kedua iaitu bilik yang menempatkan saya dan adik-adik (penghuni) lain. Bella tertarik langsir hingga besinya tercabut

“Selepas kejadian, Bainun jadi marah dan pukul Bella. Tarikh kejadian saya tak ingat.”

Bainun1 1650000420

Katanya lagi, Bainun pernah mengarahkan dia untuk membogelkan Bella sebelum remaja malang ini diikat dengan tali, dibaringkan dan dicurah dengan air panas.

Saya diarahkan Siti Bainun untuk pastikan Bella tidak bergerak dan menyasarkan di bahagian tertentu sebelum dicurah air.

Ada kesan parut di paha kanan, pergelangan kaki dan lutut Bella.”

Sebelum ini, Yasmin mengatakan bahawa Bainun telah mendera Bella setiap hari selama hampir empat bulan bermula Mac 2021 sehingga 24 Jun 2021.

Namun begitu, Bainun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Allah, tak boleh nak bayang derita yang ditanggung Bella selama empat bulan tu. Kalau bukan sebab Covid…

 

Baca: “#justiceforbella macam mustahil” – Fynn Jamal Kongsi Pengalaman Pergi Perbicaraan Kes Dera Bella

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.