Sebagai umat Islam, apabila telah sampai seruan dan rezeki kita untuk menunaikan haji atau umrah di Tanah Suci, sudah tentu kita sebagai tetamu Allah perlu menjaga sikap dan percakapan di Mekah.
Namun, seorang wanita berpurdah dan berjubah telah memuat naik video dirinya menarik TikTok dipercayai di Tanah Suci.
Tindakannya itu sudah tentu telah menimbulkan kemarahan dan menyebabkan kecaman netizen.
@newnewsenment Yg lagi rameeee!! Konten joget tiktok sampai nabrak orang di tanah suci, wanita asal indonesia dikomen netizennn #kontentiktok #tanahsuci #viralvideo
Menurut Liputan6, identiti wanita berpurdah tidak diketahui namun difahamkan, dia merupakan influencer yang berasal daripada Indonesia.
Dalam video TikTok tersebut, dapat dilihat wanita berpurdah itu menarik TikTok sehingga tindakannya itu menghalang jalan dan melanggar orang lain yang melalui jalan tersebut.
Walau bagaimanapun, tindakan wanita tersebut bukan sahaja telah dikecam netizen Malaysia, malah juga warganet dari Indonesia sendiri.
Sumber: Liputan6