in

“Sakit tapi rindu nak berdiri” – [Video] Ras Adiba Kongsikan ‘Moment’ Beliau Berdiri Semasa Perbahasan Titah Di Raja

Ras3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Senator Ras Adiba Radzi ada menzahirkan rasa kecewanya apabila banyak kemudahan awam yang sepatutnya dikhaskan untuk kegunaan orang kelainan upaya (OKU) menjadi kegunaan pihak tidak berhak dipercayai berpunca kepada tiadanya penguatkuasaan.


Malah, beliau juga menyifatkan segelintir orang awam dengan mengatakan ‘tidak sabar nak jadi OKU’. Lapor Malaysiakini.

 

Kemudahan kami sering disalahgunakan oleh orang bukan OKU seperti meletak kenderaan di parkir kami, menjadikan tandas kami sebagai stor simpan dan sebagainya.”

Ras

Katanya, banyak lagi kemudahan awam yang tidak mesra OKU. Malah, kemudahan yang sepatutnya khas untuk golongan-golongan sepertinya sering kali disalahgunakan sehingga beliau menyifatkan bahawa….

“Ia seolah-olah ramai di luar sana tidak sabar menjadi sebahagian daripada kami, tidak sabar nak jadi OKU”

Dari situ, Senator Ras Adiba menjelaskan bahawa punca utama berlakunya perkara seperti ini adalah kerana tidak ada penguatkuasaan.

Katanya di Dewan Negara ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong lagi, beliau berharap agar kerajaan dapat menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur di institusi pengajian tinggi dan sekolah secara berperingkat.

Sebagai wakil OKU di Dewan Negara, Senator Ras Adiba turut membahaskan isu isu sektor pekerjaan dan pengangguran dalam kalangan OKU.

“Saya sendiri mengalami diskriminasi dan disisihkan selama enam tahun selepas menjadi OKU. Majikan lama saya tidak memberi saya peluang untuk saya kembali berkhidmat. Mungkin kerana saya tidak seperti dahulu – tidak boleh berdiri, tidak boleh bergerak dan mungkin tidak semanis dahulu.”

Berdasarkan pengalamannya itu sendiri, Senator Ras Adiba ada kongsikan detik dimana beliau  hanya makan nasi bercampur garam dan meminum air paip selama enam tahun.

 

Berdiri ketika menyampaikan perbahasan

Ketika membuat perbahasan itu, dilihat Senator Ras Adiba berdiri teguh dan membuatkan ramai warganet tertanya-tanya. Disebabkan itu, beliau kongsikan bahawa ia merupakan sokongan daripada kerusi rodanya menerusi laman Instagram.

Video yang dikongsikan di laman Twitter juga ini telah membuatkan netizen tertanya-tanya jika ada kesakitan semasa berdiri memandangkan dirinya lumpuh separuh badan.

Amat mengharukan apabila beliau akui ada rasa sakit tetapi dilakukan juga kerana rindu nak berdiri seperti dulu.

Ras2

Dalam pada itu tang yang terinspirasi apabila melihat kegigihan beliau. Malah ia juga menyuntik semangat untuk golongan OKU sepertinya.

 

Baca : “Org mcm ni kita patut support” – OKU Cerebral Palsy Meniaga Online Dapat Pujian Netizen

Oku

Sumber: KiniTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.