in

Sajat Bengang Kena Fitnah

Page Sajat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Okay gaisss kecoh bila ada laporan yang keluar mengatakan usahawan, Nur Sajat enggan menjawab isu mendakwa dirinya ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan.


Rupa-rupanya, perkara tersebut tidak berlaku pun dan JPN sendiri dah mengesahkan pihaknya tidak menerima permohonanan Sajat, lapor Berita Harian.

Y1 1
sumber: instagram

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah juga turut mengatakan bahawa pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina tetapi perkara tersebut akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.”

Y2 2
sumber: instagram

Disebabkan dengan gosip ni, Sajat pun bengang sebab difitnah sedemikian rupa melalui perkongsiannya di Instagram. Katanya, dia tidak pergi ke JPN seperti yang didakwa dan mencabar pihak yang menuduhnya untuk mengemukakan bukti yang kukuh.

“Tolong hormati saya! Benda saya tak buat jangan nak buat andaian. Blogger-blogger lanun di luar sana! Kalau betul! Tunjukkan CCTV yang saya pergi JPN baru-baru ni! Jangan nak sedapkan cerita ye!”

https://www.instagram.com/p/BlssxSjAPUK/?hl=en&taken-by=nursajat02

Bukan itu je, Sajat juga ada upload video di laman Instagram untuk menjelaskan hal sebenar dan membidas bahawa apa yang didakwa adalah tidak benar sama sekali.

Jadi nampaknya siapa yang mulakan cerita ini mungkin sengaja nak menyakitkan hati penyanyi lagu Makhluk Penggoda ni. Tapi macam tu lah adat bila dah jadi orang yang dikenali ramai.

Kan Sajat dah marah…

Baca: Alhamdulillah! Sajat Dah Mula Dekati Agama

Nur Sajat Ada Nur 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.