in

Saintis Dakwa Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’ Boleh Sebarkan Covid-19?

Bday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Serious ah?  Nyanyi lagi Happy Birthday pun ada potensi sebarkan virus? Dakwaan ini muncul selepas ada saintis dari Sweden mendakwanya.


Menerusi Mirror Online, ia kerana cara orang mereka menyebut B dan P itu dipercayai dipercayai melepaskan tempias yang lebih besar dari mulut.

Jadi, jika seseorang itu dijangkiti,ia dilihat memberikan ancaman kepada orang-orang awam yang meraikan ulang tahun mereka.

0 Thp Chp 080920Slug 7792Jpg

Kalau ikut logik, pasti orang berkerumun dan sudah semestinya dengan tersembur-sembur tu sudah semestinya risoko kebarangkalian mereka dijangkiti itu tinggi.

Ia hasil daripada kajian para saintis di Sweden terhadap jumlah zarah yang dilepaskan ketika oleh  seseorang menyanyikan satu lagu untuk memahami bagaimana ia mempengaruhi penyebaran Covid-19.

Disebabkan itu lah, mereka mendapati lagu-lagu yang kuat dan konsonan yang begitu ‘pekat’ seperti lagu ulang tahun klasik itu akan melepaskan banyak tempias ke udara,

Kajian itu dilakukan beberapa bulan selepas kakitangan NHS  (United Kingdom National Health Service) menyuruh orang-orang British menyanyikan lagu ‘Happy Birthday‘ dua kali ketika mencuci tangan.

1 Thp Chp 080920Slug 7789Jpg

Penyelidik menjalankan kajian baru itu berikutan laporan yang menghubungkan wabak Covid-19 yang melibatkan penyanyi koir.

Malah,sepasukan penyelidik dari Universiti Lund membawa 12 penyanyi yang sihat dan dua orang yang mempunyai virus untuk menyanyi di corong. Mereka menyanyikan lagu Sweden yang disebut “Bibbis pippi Petter”

Para saintis mengukur berapa banyak aerosol dan titisan yang lebih besar dilepaskan dengan menggunakan lampu, kamera berkelajuan tinggi dan peralatan untuk mengukur zarah kecil.

Mereka mendapati mempunyai banyak konsonan dalam sebuah lagu sangat berisiko kerana mengeluarkan lebih banyak titisan.

Khususnya, bunyi “B” dan “P” – seperti dalam Happy Birthday – menimbulkan risiko yang paling besar.

 

Baca : “Seriuslah?” – Doktor Kata Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Kentut Lepas Jumpa Virus Dalam Najis Pesakit

Covid

Sumber: Mirror.co.uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.