in

Saintis China Ramal Pada 2045 Nanti, Manusia Boleh Melancong Seluruh Dunia Hanya Dalam Tempoh 1 Jam

Untitled Collage 6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan satu hari nanti manusia boleh mengembara ke mana-mana negara di dunia ini hanya dalam tempoh satu jam sahaja.

Teleport sudah tentu mustahil melainkan manusia hidup dalam sains fiksyen, apatah lagi Pintu Suka Hati Doraemon. Tapi dengan adanya penerokaan saintis dalam teknologi aeroangkasa, mungkin satu masa nanti ia akan jadi kenyataan.


Saintis China sebenarnya meramalkan, manusia mampu melancong ke negara lain dalam tempoh satu jam perjalanan saja pada tahun 2045 nanti.

Memetik laporan RT, sekumpulan pakar dari Chinese Academy of Sciences mendedahkan dalam satu konferens baru-baru ini bahawa teknologi yang membolehkan manusia mengembara dalam tempoh sejam itu akan menjadi realiti dalam beberapa dekad akan datang.

Shutterstock 210042967 760X506 1

Meskipun 2045 dilihat masih jauh ke hadapan, namun mereka yakin kejayaan pembangunan fasa pertama teknologi itu dapat dicapai menjelang 2025.

Selain itu mereka turut menggariskan bahawa menjelang 2035 pula, perjalanan angkasa akan terus meningkat dengan menyaksikan ribuan penerbangan dapat dibuat setiap tahun melibatkan puluhan ribu penumpang.

China secara umumnya dilihat cuba untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dan Russia dalam penerokaan angkasa dan mahu menjadi kuasa utama yang mendominasi perlumbaan tersebut menjelang 2030.

 

Baca: Menteri Yakin Kemampuan Kereta Terbang Pada Masa Hadapan

Capture 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.