in

Sahin & Tureci, Pasangan Saintis Muslim Yang Berjaya Cipta Vaksin COVID-19

Untitled Collage 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu muncul satu khabar yang mengejutkan dunia apabila gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer — mengumumkan bahawa vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan dengan kerjasama BioNTech berjaya mencatatkan keberkesanan sehingga 90 peratus.


Ia secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi sedikit kelegaan kepada penduduk dunia secara umumnya, setelah hampir setahun terpaksa ‘hidup bersama’ wabak merbahaya itu.

Namun mungkin ada yang tidak tahu, orang kuat di sebalik kejayaan penghasilan vaksin pertama di dunia yang efektif terhadap jangkitan COVID-19 merupakan duo saintis Islam!

Ugur Sahin dan Ozlem Tureci, power couple yang mendedikasikan seluruh hayat mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit ini kini menjadi tumpuan dunia.

Sahin yang berasal dari Turki berpindah ke Cologne, Jerman ketika dia berusia empat tahun. Beliau bertemu dengan isterinya Tureci, yang juga merupakan warga Turki ketika kedua-duanya baru saja memulakan karier dalam bidang kajian.

P

Memetik laporan CNN, minat yang sama akhirnya telah menyatukan mereka, dan pasangan ini mendedahkan kerana terlalu kuat bekerja — mereka sanggup pulang semula ke makmal untuk meneruskan kajian selepas melangsungkan majlis perkahwinan.

Kedua-dua pasangan itu menubuhkan syarikat BioNTech di Jerman pada 2008. Sebelum itu, mereka juga pernah menubuhkan sebuah syarikat membangunkan antibodi melawan kanser pada 2001 — namun ia telah pun dijual pada nilai 1.4 bilion dolar Amerika beberapa tahun kemudian.

Selepas Pfizer mengumumkan keberkesanan vaksin mereka, nilai syarikat BioNTech yang tersenarai di Nasdaq melonjak kepada 25.72 bilion dolar Amerika.

Kini mereka tersenarai antara 100 individu terkaya di Jerman. Namun pasangan ini cukup terkenal dengan sifat rendah diri dan lebih memilih untuk hidup dalam suasana sederhana.

 

Baca: Covax Tawar Vaksin Covid-19 Kepada Malaysia Dengan Harga RM87.60 Sebotol

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.