Semalam semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan di dewan rakyat, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairi Jamaluddin mengumumkan harga syiling vaksin Covid-19 yang ditawarkan oleh Covax.
Laporan Harian Metro menyatakan, harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin Covid-19 global adalah 21 dolar AS bersamaan RM87.60.
Menjawab soalan tentang vaksin COVID-19 di dewan. Bekalan awal dijangka diperoleh pada suku pertama 2021 dengan keutamaan diberi kepada 3% populasi meliputi para petugas barisan hadapan (doktor, jururawat, polis, petugas penjara dll). Sasaran imunisasi 70%+ populasi negara. pic.twitter.com/KJid2DFsr8
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 4, 2020
Tambah beliau, rundingan bersama COVAX mengenai proses perolehan vaksin kini di berada peringkat akhir.
“Kita harap dapat tandatangani Covax dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan Covax hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19.”
“Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan.”
Sementara itu, beliau menjelaskan, perbincangan yang turut membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara itu sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam Covax.