in

Sah Bercerai Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Ucap ‘Tahniah’ Untuk Ruhainies?

Bella 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, pelakon Bella Astillah telah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Mereka berdua telah bersetuju dengan terma dan Aliff melepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya.


Bella ucap tahniah dekat Ruhainies?

Pun begitu, sebagai seorang wanita yang telah banyak berkorban dan selalu memaafkan, Bella telah menulis luahan di Instagram miliknya. Dia mengakui sudah banyak peluang diberikan namun telah disia-siakan.

Artikel berkaitan: Bella Astillah Nafi Dakwaan Kes Mahkamah Ditunda Sebab Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz

Artikel berkaitan: “Cukuplah Kak Long je gagal dalam perkahwinan” – Ucapan Birthday Bella Astillah Kepada Bakal Adik Ipar Buat Ramai Tersentuh

Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan. Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.

Dia turut menitipkan ucapan tahniah kepada bekas sahabatnya, Ruhainies kerana telah berjaya meruntuhkan rumah tangganya.

Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam.

Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.

Dah cukup berjuang, fokus hidup dengan anak

Bella bagaimanapun kesal dirinya sahaja yang bertepuk sebelah tangan kerana berjuang seorang diri. Kini, tiba masanya untuk melepaskan segala-galanya dan akan fokus kehidupan baru bersama anak-anak.

Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia-sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang. Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.

Dia juga tidak menyesal namun terima semua yang telah ditakdirkan ini adalah ujian dan pengalaman hidup supaya lebih tabah.

Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup. Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan-rakan industri, media dan semua followers yang mendoakan kami semua. Semoga segala doa yang baik-baik berbalik kepada anda semua.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan rakan artis mendoakan pelakon tersebut agar diberi ganjaran atas kesabarannya selama ini.

Bella 1

Moga Bella terus kuat dan dipermudahkan urusan!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.