in

Safiey llias Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Amang Seksual & Komunikasi Lucah Babitkan Budak Bawah Umur

Safiey3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan dan pengasas produk kosmetik, Safiey llias telah ditahan polis semalam bagi membantu kes siasatan yang tular baru-baru ini. Ia berhubung dengan komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.



 

Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan.”

Menerusi Harian Metro, sebelum ini pihak polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram milik safieyillias94 dan pipinatasha untuk tujuan membantu siasatan mengenai kes ini.

Kata Mohd Zaid, laporan polis dibuat oleh seorang pensyarah universiti tempatan pada jam 9 pagi kelmarin.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik safieyillias94 yang juga hos bersama pemilik IG pipinatasha.

“Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur,” katanya.

Safiey2

Sebagai Hos, dia didapati melakukan perbuatan menggiurkan dan ianya ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini, tindakan  pemilik akaun berkenaan dan rakannya menari secara mengghairahkan sambil dilihat dua kanak-kanak bawah umur itu telah mendapat perhatian netizen.

Mereka juga turut ‘mengajar’ cara untuk menghisap dadah sambil disambut gelak tawa daripada mereka semua.

Disebabkan itu, seorang pensyarah membuat laporan polis ke atas pengguna akuan IG terbabit di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

 

Baca : Berkomunikasi Lucah & Lakukan Amang Seksual Dengan Kanak-kanak Bawah Umur, Polis Kini Kesan Safiey Illias

Safiey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.