Anak-anak dianggap penyeri dalam keluarga. Rasa sunyi rumah kalau tak dengar suara anak-anak,betul tak?
Sebagai ibu bapa, kena tahan la dengan kerenah anak-anak yang bermacam-macam jenis.
Dalam situasi seorang bapa ini, dia memang kena banyak bersabar bila anak dia tersalah pesan makanan sampai boleh timbulkan pembaziran yang banyak.
Anak order 100 mangkuk mee
Kejadian yang berlaku di China ini bermula bila ada seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun rasa lapar dan dia nak order satu mangkuk mee bersama pes kacang soya atau juga dikenali sebagai zha jiang mian.
Mee yang sepatutnya dia order semangkuk, tiba-tiba yang sampai di rumah jadi 100 mangkuk bila kanak-kanak perempuan itu tak sengaja tertekan butang 0 dua kali.
Waktu 100 mangkuk mee itu sampai di rumah, ayah dia terkejut sebab tengok banyak sangat dan dia ingat dia menang hadiah mee percuma. Seronok juga kalau dapat makanan free kan?
Tapi selepas itu, dia baru tersedar apa yang berlaku sebenarnya lepas dia check telefon dia. Rupa-rupanya anak dia tersalah order jumlah mee itu. Bila si ayah tanya, kanak-kanak itu cuma cakap yang dia tak tahu. Haih, saboor jelah.
Terpaksa bayar lebih RM 800
Melihat kebingungan si ayah, rider penghantar makanan itu tertanya-tanya apa yang jadi sebenarnya sambil bagitahu dia penat terpaksa ulang-alik bawa 100 mangkuk mee yang dipesan itu.
“Saya kena ulang-alik 7 ke 8 kali sebab nak angkut semua mee ni.”
100 mee yang sampai di rumah itu disusun sampai penuh satu ruang tamu. Punya la banyak budak tu order.
Gara-gara tersalah order juga, si ayah terpaksa bayar lebih RM 800 untuk 100 mangkuk mee tersebut tau. Order punya banyak macam nak buat kenduri.
Keluarga diorang cuma mampu habiskan 8 mangkuk sahaja. Lagi 92 mangkuk itu diorang sedekah dekat jiran-jiran terdekat sebab nak elakkan pembaziran.
Order dah sampai, takkan nak cancel pula kan? Takpelah, anggap la ni rezeki jiran-jiran dapat makanan free.
Sumber: Mothership.sg, Youtube