in

“Sabar je lah!”-[VIDEO] Ibu Plan Nak Buat Bekalan Air, Sekali Anak Dan Ayah Mandi Dalam Air Kolam Tadahan

Featured Kolam 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 13 hingga 16 Oktober 2021, beberapa kawasan di negeri Selangor akan menghadapi krisis ketiadaan air akibat kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).


Oleh hal yang demikian, kebanyakan isi rumah di kawasan-kawasan yang akan terjejas perlulah membuat persediaan awal dengan menyediakan bekalan air yang mencukupi agar dapat meneruskan aktiviti harian dengan selesa.

Lain pula ceritanya dengan akak ini, plannya yang ingin menyimpan air tadahan di dalam kolam mandian anaknya terganggu apabila suami dan anak-anaknya ‘kantoi’ tengah seronok mandi-manda dalam kolam tersebut.

@kylieyaa

Sod Ba Ro #fyp #airselangor

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Dengan kapsyen “Sod Ba Ro”, pemilik akaun TikTok Kylieyaa ini terlihat pasrah melihat anak-beranak tersebut enjoy ‘berendam’ dalam kolam air tadahannya. Dikatakan mereka ‘kantoi’ setelah ibu saudaranya memberitahu anaknya tengah happy berenang bersama ayahnya semasa beliau sedang berada di tempat kerja.

Gelagat ayahnya yang menyorok di dalam kolam setelah si ibu pulang dari tempat kerja mengundang tawa para netizen.

“Ingat menyorok Ummi tak nampak ke ayah dia?”- Kylieyaa

Rupanya, ramai juga yang mengaku guna idea yang sama untuk tadah air dalam kolam anak-anak. Tetapi yang kelakarnya, kebanyakan daripada mereka berfikiran yang sama, takut anak buat ‘waterpark‘ depan rumah masa musim tak ada air tu.

Kolam Komen

Yang buat si ibu lagi pasrah apabila mereka dengan happy beritahu dah simpan sedikit air untuknya sebanyak dua baldi. Sabar je lah…

Baca: “Malang berbau namanya”-[VIDEO] Piping Tersumbat, Tukang Paip Pasrah Mandi Sisa Kumbahan

Kolam Baca

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.