in

Rusuhan AS: Wartawan & Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung

Untitled Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd kerana ‘dilutut’ seorang anggota polis bernama Derek Chauvin di Minneapolis telah mencetuskan gelombang rusuhan besar-besaran di Minnesota, Amerika Syarikat.


Negeri itu diisytihar darurat dan perintah berkurung dikuatkuasa serta merta bermula semalam.

Ini mungkin dianggap kemuncak kepada sentimen perkauman di negara itu, apabila di bandar-bandar lain — penduduk kulit hitam mula melaungkan kembali nama-nama saudara mereka yang pernah menjadi korban kekejaman polis sebelum ini.

Di Lousville misalnya, seruan keadilan untuk Breonna Taylor mula kedengaran. Namun keadaan sebaliknya menjadi semakin teruk, apabila wartawan dan jurukamera yang membuat liputan turut tidak terlepas menjadi mangsa police brutality di sana.

 

Kaitlin Rust, seorang wartawan Wave 3 News dilapor terkena tembakan pepper balls yang dilepaskan seorang anggota keselamatan ketika sedang membuat liputan langsung dari lokasi rusuhan.

Dalam rakaman tersebut, Rust dan jurukameranya sedang menunjukkan sekumpulan polis di barisan kawalan sebelum mereka secara tiba-tiba ditembak. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Perkongsian video itu di media sosial kemudiannya tular dan setakat ini telah merekodkan 5.4 juta tontonan.

 

Baca: “Tak adil kaitkan jenayah dengan warna kulit” – Warga Afrika Rayu Jangan Label Mereka Sebagai Penjenayah Sebab…

Capture 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.