in

Rusia Lulus RUU Larang Propaganda LGBT, Sesiapa Yang Promosi Kegiatan Songsang Akan Ditangkap

Cats 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebarang bentuk propaganda berkaitan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan dewasa di negara Rusia akan dilarang selepas ini. Keputusan ini dibuat selepas Parlimen Rusia meluluskan bacaan ketiga dan terakhir undang-undang ini.


Rang undang-undang itu mengatakan sebarang percubaan untuk mempromosikan budaya LGBT sama ada dalam talian seperti media sosial, dalam iklan serta filem atau di tempat umum di mana ada khalayak ramai akan dianggap sebagai satu jenayah.

127388846 Lgbt Football Getty

Untuk rekod, Rusia telah memperluaskan undang-undang pada tahun 2013 yang melarang propaganda LGBT dalam kalangan kanak-kanak bawah umur.

Undang-undang ini juga digunakan untuk menahan aktivis hak gay.

Di bawah undang-undang baharu yang diluluskan itu, sesebuah organisasi pula boleh didenda sehingga lima juta rubel (kira-kira RM368,854) manakala seseorang individu yang melanggar arahan boleh dikenakan denda sehingga 400,000 rubel (kira-kira RM29,519) kerana mempromosikan hubungan seksual tidak normal seperti gay dan lesbian. 

Bukan sahaja penduduk tempatan, jika warga asing didapati melakukan kesalahan yang sama, mereka juga  berdepan risiko ditangkap dan dihalau sehingga 15 hari dari negara itu .

Pengumuman undang-undang ini bermakna sebarang perbuatan atau sebutan umum tentang hubungan sejenis adalah diharamkan di Rusia.

Untuk pengetahuan semua, Vladimir Putin iaitu Presiden Rusia dijangka bakal menandatangani rang undang-undang berkenaan tidak lama lagi.

Sumber: Reuters

BACA: Adegan LGBTQ Dalam Kartun, Netizen Minta Pantau Bahan Tontonan Anak

Capture 13

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.