in

Rupa-rupanya Sudah Lama Rancang, Netizen Dakwa Terserempak Syed Saddiq Cari Cincin Di Ampang

Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, hampir seluruh rakyat Malaysia bergembira menerima berita bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, pelakon Bella Astillah.

Rupa-rupanya, pertunangan itu dipercayai telah dirancang lebih awal.


Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna berkongsi bahawa dia pernah terserempak dengan Syed Saddiq di sebuah kedai cincin di Ampang ketika beliau sedang mencari cincin.

Menurut individu tersebut, Syed Saddiq ketika itu dilihat melihat beberapa pilihan cincin dan dipercayai sedang mencari cincin untuk Bella.

Nak jadi yang terawal boleh tak? Jangan kecam… dah tahu lama mereka nak kahwin sebab terserempak di kedai cincin di Ampang masa dia cari cincin untuk suami saya. Tapi tak berani nak viralkan,” tulis pengguna itu.

Artikel berkaitan: “BellaSyedYes” – Bella Astillah Terima Lamaran Dari Syed Saddiq, Bakal Bertunang Hari Ini

Artikel berkaitan: Bergambar Dengan Syed Saddiq, Rakan Lain, Hantaran Ulya Husamudin Buat Netizen Tertanya-tanya?

132983Ae 4D31 4435 Bad1 0Eb7B182B364
Tangkap layar gambar syed saddiq yang dikongsikan seorang pengguna di aplikasi threads

Terdahulu, Syed Saddiq mengesahkan bahawa beliau telah melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu, Sabah dalam suasana hujan lebat.

Menerusi perkongsian di Instagram, beliau menulis: “I asked, she said yes… Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.”

Difahamkan, majlis pertunangan pasangan tersebut akan berlangsung petang ini dan boleh disaksikan secara langsung pada jam 3.30 petang menerusi Astro Ria, Astro Arena serta aplikasi Sooka.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.