in

“Rumah ke resort?” – Ini 9 Selebriti Dengan Kediaman Paling Mahal

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita biasa dengar frasa “rumahku syurgaku” kan? Mana tidaknya, walaupun kita pergi bercuti dekat tempat yang best atau di hotel lima bintang pun, bila balik rumah mesti kita rasa lagi best kan?


Disebabkan ini, selebriti popular yang mempunyai status A-list memang sanggup habis berjuta-juta ringgit semata-mata nak dapatkan rumah yang diidamkan.

Jadi pada artikel kali ni kita nak tengok rumah-rumah selebriti yang paling mahal di dunia dan tengok sendiri apa yang istimewa dengan rumah mereka ni sampai harga dorang mencecah ribuan atau ratusan jutaan ringgi. Jom!

Artikel berkaitan: Kecoh Rumah Banglo Mewah Di Sik Dikatakan Milik MB Kedah, Bila Disiasat Rupanya…

Artikel berkaitan: Akibat Covid-19, Tony Fernandes Terpaksa ‘Lepaskan’ Rumah Agam Bernilai Lebih 13 Juta Di Scotland

9. Taylor Swift – US$32 juta

Taylor Swift Bev Hills 12

Pada tahun 2015, Taylor Swift telah membeli sebuah rumah agam di Beverly Hills berharga US$25 juta. Menurut HGTV, rumah tersebut pernah menjadi milik seorang produser terkenal Samuel L. Goldwyn. Malah rumah tersebut juga turut mendapat status sebagai landmark ekoran mempunyai sejarah Hollywood yang kuat.

Rumah berukuran 11,000 kaki persegi ini mempunyai tujuh bilik tidur dan 10 bilik air. Kalau korang nak tahu, Taylor Swift merupakan pemilik pertama yang memiliki rumah ini selain keluarga Goldwyn. Rumah ini juga turut mempunyai tangga yang besar di kawasan ruang legar dan lengkap dengan pawagam dan kawasan hiburan yang besar.

Rumah ini telah dibina pada tahun 1934 dan Taylor mempunyai perancangan untuk mengembalikan rumah tersebut seperti zaman kegemilangannya. Rumah agam ini juga dilaporkan telah mencecah harga US$32 juta sekarang.

8. Kylie Jenner – US$36.5 juta

Aae5Efa3F9652Bd05Bdfeab22471A816

Kylie Jenner merupakan salah seorang selebriti terkenal yang sering menjadi tumpuan paparazi. Jadi memang tak hairanlah kalau dia memerlukan rumah yang besar dan penuh dengan privacy. Rumah agam berukuran 15,000 kaki persegi di Holmby Hills ini pernah dibandingkan dengan sebuah resort ekoran saiznya yang sangat besar.

Menurut The Richest, rumah ini mempunya tujuh bilik tidur, 14 bilik air, 20 ruang letak kereta, sebuah bar, bilik permainan, pawagam rumah dan dapur bertaraf chef.

Rumah agam ini mempunyai dekorasi yang minimalis dan ruang tamunya menggunakan pelbagai lorek warna kelabu. Rumah ini juga dikatakan berharga US$36.5 juta.

7. Ellen Degeneres – US$45 juta

Ellen Degeneres House 2 58469541Cb244F7285Ced9F188C28Db5

Estet berukuran 5.2 ekar ini diinspirasikan dari Tuscan Oasis yang terletak di California. Villa ini asalnya telah direka oleh seorang arkitek bernama Wallace Frost dan berharga US$45 juta.

Rumah ini mempunyai sembilan pendiang api, beberapa perpustakaan dan gelanggang tenis. Selain itu, bekas pengacara TV ini juga mempunyai jiran-jiran popular seperti Oprah Winfrey dan Prince Harry dan Meghan Markle.

6. Tiger Woods – US$54 juta

Tiger Woods 320 4 46853Fd1C2D741029A32641Fbaa08Db0

Kediaman pemain golf profesional Amerika Syarikat ini terletak di pulau yang sangat-sangat eksklusif, Jupiter Island. Atlet ini mempunyai sebuah rumah yang lengkap dengan padang golf di laman belakang. Rumah agam berukuran 4 ekar ini dilaporkan turut mempunyai gelanggang bola keranjang, kolam renang yang besar dan trek lumba lari.

Rumah ini dilaporkan berharga US$54 juta.

5. George Lucas – US$100 juta

Skywalker Ranch Main House

Pengarah Star Wars, George Lucas ini mempunyai sebuah rumah agam yang dinamakan sebagai The Skywalker Ranch berharga US$100 juta.

Rumah agam tradisional ini terletak di sebuah estet berukuran 10.5 ekar dan turut dilengkapi dengan pawagam 300 tempat duduk, ladang anggur, kolam renang dan haiwan ternakan. Rumah ini juga merupakan rumah kepada pekerja-pekerja Skywalker Sound dan turut digunakan oleh Lucas sebagai tempat persinggahan dan bercuti.

4. George Clooney – US$100 juta

George Clooneyss Lake Como Mansion Is A Must See 6

Pelakon kacak, George Clooney telah membeli rumah abad ke-18 yang terletak di Laglio, Itali pada tahun 2002. Menurut pelakon ini, dia membeli rumah tersebut selepas menyedari bahawa kehidupan di Italy dapat menenangkan dirinya dan buat dia rasa kurang tertekan.

Menurut Milan Design Agenda, rumah yang dibeli oleh Clooney ini mempunyai sebanyak 25 bilik, sebuah pawagam mini, kolam renang dan garaj.

3. Bill Gates – US$130 juta

05052021 Bill Gates Home Lake Washington 155553.Jpg

Bill Gates telah menghabiskan wang sebanyak US$63 juta untuk mencantikkan rumahnya yang dinamakan sebagai Xanadu 2.0. Beberapa tambahan yang dibuat termasuklah meletakkan pasir yang diimport dari Pulau Carribean, sungai buatan manusia yang di dalamnya dipenuhi dengan ikan salmon serta bilik trampoline yang besar.

Rumah ini berukuran sebesar 66,000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 24 bilik air. Ia juga mempunyai sistem di mana tetamu akan diberikan peranti yang membolehkan mereka masukkan apa yang dorang mahukan sepanjang tinggal di sana. Sekarang, rumah salah seorang orang terkaya di dunia ini telah pun mencecah harga sebanyak US$130 juta.

2. Angelina Jolie & Brad Pitt – US$160 juta

Angelina Jolie Brad Pitt 05.Jpg

Sebuah Villa yang terletak di Correns, Perancis bernama Château Miraval ini pernah menjadi tempat untuk keluarga Angelina Jolie dan Brad Pitt bercuti. Estet tersebut mempunyai ukuran sebesar 485.6 ekar dan dikelilingi oleh jalan Roman dan beberapa struktur dari abad ke-17.

Menurut People, rumah ini mempunyai 35 bilik, kolam renang di dalam dan di luar rumah, panggung wayang, spa dan pad helikopter. Villa ini dilaporkan berharga US$160 juta iaitu dua kali ganda dari harga semasa pasangan ini beli dahulu.

1. Jay-Z dan Beyonce – US$200 juta

 

Selepas mencipta sejarah dalam muzik, Beyonce dan Jay-Z turut memecah rekod hartanah. Mereka telah berkongsi membeli rumah berharga US$200 juta iaitu rumah paling mahal pernah terjual di California.

Walaupun rumah ni memang dah mahal, pasangan ini telah mendapat diskaun hampir US$100 juta apabila ia pada awalnya dijual dengan harga US$295 juta. Jiran mereka, Marc Andreessen telah memegang rekod sebagai rumah kedua paling mahal selepas membeli rumah berharga US$177 juta pada tahun 2021.

Rumah agam berukuran 40,000 kaki persegi ini bagaimanapun masih tak diketahui apa kelengkapan di dalamnya namun salah satu yang diketahui, rumah tersebut mempunyai kolam renang yang besar.

Sumber: Prestige

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.