in

Akibat Covid-19, Tony Fernandes Terpaksa ‘Lepaskan’ Rumah Agam Bernilai Lebih 13 Juta Di Scotland

Ft Tony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara Covid-19, semua sektor terkesan akibat penularan wabak itu. Tanpa disangka-sangka Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes turut terkena impak virus ini.



Kesannya, dia dikatakan terpaksa menjual hartanahnya yang bernilai 2.5 juta pound (RM13 .55 juta) di Ayrshire, Scotland. 

Hartanah yang berkeluasan 50.6 hektar itu menempatkan sebuah rumah agam, yang lengkap dengan lima buah bilik tidur, dilengkapi dengan bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis lapor Sinar Harian.

Tengok dari gambar saja dah boleh bayang keindahan estet ni…

Capture 14 3

Besar ni ada lima bilik tidur je, korang bayangkan besar mana setiap satu bilik tu!

Keputusan ini diambil oleh pengasas bersama Air Asia itu adalah bagi menyelamatkan perniagaannya yang terkesan akibat penutupan sempadan negara yang berpunca daripada pandemik Covid-19.

Rumah itu dimiliki Tony sejak tahu 2013 dan pernah menetap di sana selama tujuh tahun sebelum terpaksa mengambil langkah drastik ini.

Semoga wabak ini dapatlah diubati supaya kita semua dapat hidup dengan normal semula…

Baca : “Syarikat penerbangan lumpuh” Selepas Air Asia, Giliran Malindo Airways Pula Berhentikan 2,200 Pekerja

Capture 14 4

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.