in

“Rugi hampir RM200K” – Peniaga Tudung Sedih, Hanya Sehelai Daripada 7,000 Unit Tudung Terjual

ft peniaga tudung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, pada bulan puasa ini, ramai peniaga menggunakan peluang untuk meraih rezeki dengan menjual busana raya di media sosial.

Bagaimanapun bukan semua peniaga bernasib baik, ada yang jualan mereka tidak mendapat sambutan.


Peniaga tudung yang dikenali sebagai Sohra Exclusive ini tidak dapat menahan rasa sedih apabila 7,000 unit tudung yang dijualnya itu tidak susut langsung.

Artikel berkaitan : Peniaga Bazar Jalan TAR Hamun DBKL Lepas Khemah Niaga Rosak Akibat Dilanda Ribut

Artikel berkaitan : “Saya rasa ramai lebih selesa beli online” – Peniaga Dakwa Jalan TAR Dah Tak Semeriah Dulu?

Katanya, disebabkan itu, peniaga tersebut kini mengalami kerugian sebayak RM 200,000 dan sepanjang dia menjual tudung tersebut, hanya satu unit sahaja yang terjual.

Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, kelihatan banyak stok tudung bertimbun-timbun yang tak terusik dan peniaga ini dilihat buntu.

@sohraexclusive

Ya Allah… 7000 helai tudung. Tapi terjual satu je? 😭😭 Ya Allah, beratnya dugaan ni… Hati mana tak luluh… I cuba senyum, tapi dalam hati… Allah je tahu. Hampir RM200K bakal lesap. I tak tahu nak buat apa lagi… I buat semua yang termampu. Promote, buat live, bagi offer… tapi kenapa masih tak jalan? Salah I ke? I tak cukup usaha ke? 😢 Kalau korang pernah rasa peritnya bisnes tak jalan, mesti korang faham. I cuma nak habiskan stok ni, nak teruskan hidup. Sesiapa yang baca ni, tolong I… satu helai pun cukup untuk I teruskan hidup. Kalau bukan untuk korang, belilah untuk mak, adik, kawan korng… I merayu sangat. 😞🙏 #TolongAku #BisnesTengahNazak #SupportLahSikit #BisnesStruggle #TolongDoakan #SupportSmallBusiness

♬ bunyi asal – Sohra Exclusive – Sohra Exclusive

Menurutnya, dia telah melakukan sehabis baik seperti membuat promosi, jual menerusi live TikTok dan memberikan diskaun namun masih ‘tak jalan’.

“Kalau korang pernah rasa peritnya bisnes tak jalan, mesti korang faham. I cuma nak habiskan stok ni, nak teruskan hidup.”

Disebabkan itu, peniaga ini memohon kepada orang ramai untuk membeli tudung jualannya demi kelangsungan hidup.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan ‘feedback’ terhadap kemahuan dan kehendak yang pelanggan inginkan, bahkan ada juga menjelaskan bahawa saingan yang sengit dariapda orang-orang ternama seperti pempengaruh menjual produk yang sama menjadi punca jualan tidak laku.

tudung tudung 2 tudung 3

Tidak melatah, peniaga tersebut bagaimanapun mengambil maklum balas daripada netizen secara terbuka dan akan cuba perbaiki mutu kualiti produk perniagaannya.

Semoga murah rezeki dan segala urusan dilancarkan buat peniaga ini.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.