in

Rosmah Pakai Beg Tangan Jenama Bijan?

Page Bijan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru je pagi tadi Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh adakan sidang media khas membongkarkan jumlah keseluruhan nilai barangan yang dirampas di premis milik bekas PM Datuk Seri Najib.


Jumlah keseluruhan memang tak tercapai akal rasanya ditambah pulak dengan nilai barangan kemas dan handbag kepunyaan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hu
sumber: malaysiakini

So, dalam banyak-banyak item yang mendapat perhatian ramai ialah beg berjenama Bijan kepunyaan Rosmah. Semua merasakan ada kebarangkalian jenama tu kepunyaan Najib sebab Bijan bila korang eja dari belakang jadi Najib!

Beg tangan Bijan kepunyaan Rosmah ni bukan takat biasa-biasa je tau! Menurut Malay Mail, Amar Singh menjangkakan harganya bernilai RM1.6 juta. Bapaklahhh! Apa sebenarnya beg Bijan ni? Brand milik Najib ke ni?

Gy
sumber: scmp

Sebenarnya The House of Bijan adalah jenama kepunyaan pereka Iran, Bijan Pakzad. Ia juga dikenali sebagai ‘kedai termahal di dunia’.

Untuk pengetahuan korang, Bijan Pakzad dah berhijrah ke US pada tahun 1973 sebelum beliau membuka butik eksklusif di Beverly Hills, California tiga tahun kemudian.

Kalau nak tau, punyalah eksklusif butik ni sampaikan kalau nak masuk, kena buat appointment dulu. Kau hado?!

Oh ye, klien brand Bijan ni pun bukan calang-calang orang tau. Semuanya merupakan orang ternama seperti Barack Obama, George W. Bush, Bill Clinton, Prince Charles, Pierce Brosnan, Arnold Schwarzenegger, Hugh Hefner dan ramai lagilah dan mostly klien dorang lelaki.

Maknanya beg tu beg Najib ke? Tak juga, sebabnya jenama ni turut menjual koleksi handbag untuk wanita diperbuat daripada kulit aligator pelbagai warna sama macam apa yang Rosmah suka.

Tr
sumber: malay mail

Wow, ingatkan jenama Birkin je pilihan Rosmah. Rupanya ada jenama lagi mahal yang dah mencuri hatinya.

Huyooooo… Tak tau pulak jenama ni wujud. Orang ada-ada je tau ni.

Baca: Rampasan Terbesar Dalam Sejarah Malaysia!

Najjjj 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.