in

Roller Coaster Paling Laju, Tinggi & Panjang Di Dunia Bakal Dibina Di Riyadh, Arab Saudi

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dekat sini suka naik roller coaster? Rasanya hampir setiap orang daripada kita pernah sekurang-kurangnya menaiki roller coaster sekali dalam seumur hidup.



Untuk pengetahuan anda, Arab Saudi bakal memecah rekod dunia apabila negara itu bakal membina roller coaster yang paling laju, tinggi dan terpanjang di dunia.

1 7

Roller coaster yang digelar sebagai Falcon’s Flight itu bakal menjadi tarikan utama di taman tema Six Flags Qidiya, yang bakal mula beroperasi di luar Riyadh menjelang tahun 2023.

Menurut sumber, projek ini dibangunkan oleh Qiddiya Investment Company (QIC) dengan kerjasama Six Flags yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dilaporkan trek roller coaster ini bakal disiapkan sepanjang 4 kilometer.

Pengunjung bakal dijanjikan dengan pengalaman mendebarkan ketika roller coaster itu menurun secara tegak dan laju, sebelum meluncur masuk ke dalam terowong sedalam 160 meter.

Roller coaster ini bakal menggunakan teknologi pecutan motor magnetik yang bakal mencapai kelajuan selaju 250 kilometer sejam.

Dengan kapasiti 20 penumpang dan tempoh perjalanan selama 3 minit, pengunjung turut  berpeluang untuk menikmati pemandangan indah taman tema tersebut

Untuk rekod, taman tema ini bakal menyajikan 28 tarikan dan tunggangan menarik dengan 6 tema – The City of Thrills, Discovery Springs, Steam Town, Twilight Gardens, Valley of Fortune, and Grand Exposition.

Bila Covid-19 dah reda, boleh serbu!

Sumber: CNN

BACA“Tak mainlah kucing” – Pak Arab Ini Slamber Je Main Kejar-Kejar Dengan Beruang Curi Perhatian Netizen

Capture 6

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.