in

Roket Gaza VS Iron Dome Israel : Apa Faedah Gaza Lancar Roket Sekiranya Serangan Balas Mereka Terima Lebih Besar? Ini Jawapannya.

FEATURED 9

Ketegangan dan konflik yang semakin meruncing di Gaza memperlihatkan kekejaman yang dilakukan Zionis Israel meskipun umat islam baru memasuki bulan mulia, Ramadan.

Namun Gaza tidak mendiamkan diri sebaliknya pihak Hamas dan kumpulan bersenjata melakukan serangan balas melancarkan roket ke arah Israel, walaupun mereka tahu serangan yang bakal mereka terima adalah lebih teruk dan besar.

Ramai juga tertanya-tanya mengenai perkara ini, bukankah ia seolah olah ‘mencurah minyak ke dalam api’?.

Sebenarnya serangan dari pihak Gaza merupakan kuasa ‘ampuh’ untuk melemahkan Israel dari setiap penjuru khususnya dari sudut ekonomi dan kewangan, sebab tu Israel cukup takut bila Gaza membuat serangan balas meskipun senjata yang digunakan tidak secanggih mereka.

Korang baca penjelasan yang penuh dengan fakta daripada Aqsa Syarif ni.

 

ROKET GAZA VS IRON DOME

Mungkin ada dari kalangan pembaca yang tertanya-tanya, apakah faedahnya Hamas dan kumpulan bersenjata di Gaza melancarkan roket mereka ke arah Israel sekiranya serangan balas yang akan mereka terima lebih besar dan mungkin lebih memudaratkan lagi Gaza?

Izinkan admin menjawab sekadar pengetahuan pihak kami.

1. Bagi rakyat Palestin, membalas serangan Israel, walau dalam bentuk paling primitif sekalipun, walau dengan roket buatan sendiri yang tidak secanggih teknologi Israel, adalah simbolik kepada keteguhan perjuangan rakyat Palestin menentang penjajahan Zionis Israel.

Ia adalah bukti rakyat Palestin tidak akan sekali-kali tunduk kepada penjajah Zionis; walaupun lebih 70 tahun telah berlaku sejak penubuhan negara haram Israel.

Berdiam diri ketika anak dan isteri mereka dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh rejim Zionis Israel bukan satu pilihan. Apatah lagi lari dari medan perang mempertahankan tanah air adalah HARAM!

 

Roket ‘murah’ buatan sendiri Briged al-Qassam lebih hebat dari Iron Dome bernilai ratusan juta dollar milik Israel sebab…

2. Walaupun roket yang dilancarkan Briged al-Qassam dan kumpulan-kumpulan yang lain tidaklah sehebat peluru berpandu (guided missiles) Israel, namun roket-roket ini memberi kesan yang besar dari sudut kewangan ke atas Israel.

Bukan sahaja roket-roket ini menyebabkan aktiviti seharian dan ekonomi penduduk Israel tergendala, Kementerian Pertahanan Israel bahkan terpaksa berbelanja besar untuk menangkis roket-roket ini menggunakan teknologi ‘Iron Dome’ mereka.

Satu bateri pelancar peluru berpandu Iron Dome dianggarkan bernilai $100 juta. Israel mempunyai 9 buah bateri yang ditempatkan di lokasi-lokasi terpilih. Satu peluru berpandu pula dianggarkan bernilai antara $40,000-$50,000. Dan selalunya dua buah peluru berpandu digunakan untuk memintas roket-roket dari Gaza.

Bandingkan kos ini dengan kos sebuah roket Gaza yang dianggarkan bernilai antara $500-$1,000 sahaja. Dengan kata lain, jika satu roket dilancarkan, Israel akan terpaksa berbelanja sehingga $100,000 untuk memintas; 100 hingga 200 kali ganda lebih besar kosnya.

59621020 2380025742021080 5107802127489564672 n

59394667 2380025672021087 4801151362454781952 n

Dalam serangan balas Gaza ke atas Israel baru-baru ini, media Israel melaporkan hampir 700 buah roket dilancarkan dan Iron Dome berjaya memintas 173* buah roket.
Pembaca boleh kira sendiri belanja yang terpaksa dikeluarkan oleh Israel. 

*(Roket-roket lain berkemungkinan besar jatuh di kawasan tidak berpenghuni kecuali beberapa buah roket yang jatuh di kawasan penempatan dan menyebabkan kematian 4 orang warga Israel).

59784771 2380025735354414 6802887318194618368 n

 

Israel tidak boleh lagi sewenang-wenangnya menyerang Gaza kerana dunia tidak lagi bersama mereka

3. Israel terkenal dengan kezaliman menggunakan sepenuh kekuatan tenteranya untuk membedil Gaza sejak tahun 2008 lagi.

Serangan Israel tidak mengenal sama ada sasarannya itu sekolah, hospital, masjid mahupun kawasan penempatan awam. Semua akan diranapkan. Israel terlalu buta untuk membezakan sasaran-sasaran ini.

Namun, dunia tidak buta. Bahkan dunia makin celik untuk membezakan antara yang cantik dan yang jelik; yang benar dengan yang salah. Perkembangan media sosial memudahkan lagi perkongsian berita tentang kekejaman serangan Israel ke atas Gaza.

Apabila orang melihat sendiri kesan serangan Israel ke atas Gaza, mereka mula mempersoalkan kredibiliti dakwaaan Israel bahawa ia adalah mangsa kepada ‘keganasan’ Gaza. Dunia dapat menilai sendiri siapa sebenarnya pengganas dan pembunuh.

Muslim women e1487307094876

Natijahnya, Israel tidak boleh lagi sewenang-wenangnya menyerang Gaza. Dunia melihat dan menilai. Setiap kali berlaku serangan besar-besaran ke atas Gaza, bandar-bandar utama dunia akan menyaksikan perhimpunan besar-besaran membantah kezaliman Israel.

Sebab itulah Israel cukup takut dengan serangan dari Gaza sebab mereka bukan sahaja akan tewas dari segi maruah sebaliknya ia turut bagi impak negatif kepada ekonomi dan kewangan.

Semoga umat Islam Gaza dapat sambut Ramadan dengan tenang dan aman.

Baca : BEGINILAH GAZA MENYAMBUT RAMADAN! Gaza Saksikan Bedilan Roket, Darah Dan Airmata Sebagai Pembuka Bulan Mulia.

CRY