in

“Road tax pun sama” – Asyik Kena Saman ‘Speedtrap’ Dekat Tempat Tak Pernah Pergi, Rupanya Ada Orang ‘Ciplak’ Kereta

Klon4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerap menerima surat saman speed trap di tempat yang tidak pernah dikunjungi, rupa-rupanya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membuat maklumat palsu dan membuat kereta seakan-akan macam kereta pemilik sebenar.


Itu lah yang terjadi kepada seorang pemilik kereta jenis Mazda 6 yang berasal dari Johor setelah dia berjaya menjejaki ‘kembar’ keretanya di Bangi.

 

Road tax pun sama

Bukan sahaja sama dari segi fizikal, maklumat pendaftaran juga sama sehinggakan ia memberi kesan kepada pemilik sebenar kerana kerap menerima saman speed trap.

Ia mula dikenalpasti apabila saman yang diberikan itu dibuat di tempat-tempat yang pemilik sebenar tidak pernah kunjung.

Foto ini viral di Twitter dan meraih sekitar 4,400 jumlah perkongsian dan ia telah membangkitkan kebimbangan netizen.

Ada yang kongsikan pengalaman mereka juga pernah terkena kepada mereka dan orang-orang terdekat mereka.

Klon Klon2 Klon3

 

Bukan kereta klon tapi kereta curi 

Pada mulanya nia mendapati bahawa ‘kembar’ itu merupakan kereta klon, namun Berita Harian melaporkan bahawa kenderaan yang dicuri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata hasil pemeriksaan, kereta itu dilaporkan dicuri di Beserah, Kuantan.

“Kereta jenis Mazda 6 berwarna merah yang berkunci ditemui di kawasan letak kenderaan awam. Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan mempunyai status rekod kenderaan hilang.”

Bagaimanapun kenderaan tersebut telah dibawa balik anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi yang bergegas ke lokasi pada jam 6.30 petang Ahad lalu untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

 

Baca : “Saja je nak viral ni…” – Lelaki Bagi Hantaran Toyota Fortuner Dekat Isteri, Rupa-rupanya Kereta Curi?

Kereta Curi

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.