Dua minggu lepas, sebuah video tular di media sosial di mana seorang warga asing telah buat kecoh di sebuah pasar raya kerana dia enggan memakai pelitup muka ketika masuk ke dalam premis berkenaan malah dia juga mengeluarkan kata dan menunjukkan isyarat lucah kepada pihak berkuasa.
Semalam, warga asing berbangsa Kanada itu telah dijatuhkan hukuman denda RM 800, Theberge Travis Lee telah mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu dan dia juga diperintahkan untuk dipenjara 15 hari jika gagal membayar denda.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1518858570397536256?s=20&t=tD_ibXAnuCt1p0eSWbz_Hg
Menurut laporan The Sun Daily, Travis Lee didakwa melakukan perbuatan kurang sopan dengan menunjukkan isyarat jari tengah kepada Padam Giri dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga didakwa tidak memakai pelitup muka di pasar raya berkenaan dan kesalahan itu diperuntukkan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2022.
Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada masa dan tarikh yang sama boleh dihukum di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2022, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
“Ada diskaun ke?”
Walaupun lelaki tersebut telah didenda dengan amaun berikut, ramai netizen yang tidak puas hati kerana mereka merasakan denda itu terlalu rendah. Malah, ada juga yang berkata sebelum ini warganegara tempatan pernah dikenakan denda sebanyak RM 1000 untuk kesalahan yang sama.
Hmm, apa pendapat korang pulak?
Baca: Karen Versi Lelaki Maki ‘F**k Off’ Dekat Pak Guard Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka