in

“Rindunya!” – Akhirnya Pawagam Dibenarkan Beroperasi Bermula Hari Ini

Ft Wayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu beberapa peraturan telah dikeluarkan kepada penonton yang ingin menonton di pawagam.


Oleh kerana peraturannya sering kali berubah, ramai yang memilih untuk tidak pergi ke pawagam selain risau akan jangkitan Covid -19 yang kian merebak.

Kesannya banyak filem-filem tergendala tayangannya sehingga ke satu tarikh yang tiada siapa pasti.

Tapi mesti ramai yang rindu dengan bau popcorn, dan menonton filem dari layar yang lebih besar kan?

 

“Akhirnya dibuka”

Menurut Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) kebanyakkan pawagam sudah dibenarkan untuk beroperasi bermula hari ini!

Bagi mengawal situasi yang belum stabil ini, sudah pasti hanya beberapa pawagam terpilih sahaja dibenarkan untuk beroperasi.

Setakat ini syarikat Golden Screen Cinema (GSC) hanya membenarkan beberapa pawagam dibuka, antaranya, GSC Aman Central, GSC Gurney Plaza, GSC Sunway Carnival, GSC AEON Bandaraya Melaka, GSC Alamanda Putrajaya, GSC East Coast Mall, GSC Mentakab Star Mall dan GSC CityOne Megamall, Kuching Sarawak lapor SinarPlus.

Capture 19

 

Bagi TGV pula, hanya pawagam di TGV Gurney Paragon, TGV 1st Avenue, TGV Bukit Mertajam, TGV AEON Taiping, TGV AEON Seri Manjung, TGV Mesra Mall dan TGV Permaisuri Imperial Mall Miri sahaja yang akan beroperasi setakat ini.

 

Capture 1 7 2

 

Bilangan yang lebih sedikit dibenarkan buat syarikat MBO iaitu di MBO Central Square SP, MBO Taiping Sentral Mall, MBO Melaka Mall, MBO Kuantan City Mall, MBO Kluang Mall dan MBO The Spring Kuching.

 

Capture 2

 

Manakala bagi syarikat LFS, hanya LFS KualaTerengganu, LFS Sitiawan dan LFS Butterworth akan beroperasi, namun bagi pawagan MMCineplexes pula hanya akan dibuka di MMC Riverfront City.

 

Capture 3 6

Walaupun begitu pematuhan SOP masih dikenakan terhadap pengunjung dan harus dipatuhi oleh mereka.

Diharapkan penonton tidak mengingkari arahan SOP yang dikeluarkan, korang mesti tak nak wayang kena tutup lagi kan. Jadi pastikan kena akur dengan peraturan yang dikeluarkan, okay?

Baca : Rangkaian Pawagam Ketiga Terbesar Malaysia, MBO Cinemas Bakal Tutup?

Capture 14

Sumber: Facebook
Sumber: TGV
Sumber: MBO
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.