in

“Rilek je dia buat”- Viral Di TikTok, Wanita Ini Pindahkan Lebah Guna Tangan Je Tanpa ‘Glove’!

Feature 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini suka minum madu? Minuman berasaskan madu ni memang sedap dan berkhasiat. Namun, kalau tiba-tiba jumpa sarang lebah kat kawasan rumah kita, seram lah pulak sebab takut kalau jadi apa-apa.



Buat wanita dari Texas ini pula, dia selamba je pindahkan kawanan lebah ke tempat yang lebih sesuai menggunakan tangan tanpa sebarang alat perlindungan! Menurut Daily Mail UK, wanita yang dikenali sebagai Erika Thompson itu merupakan pengendali lebah professional.

@texasbeeworks

#bees #nature #summer #tiktok #fyp

♬ original sound – Erika Thompson

Difahamkan, Erika telah memuat naik videonya menyelamatkan lebah-lebah tersebut di TikToknya, texasbeeworks baru-baru ini. Dalam video tu, dia menjelaskan yang dia telah dipanggil untuk mengalihkan kawanan lebah di sebuah kawasan outdoor yang berpayung.

Yang hebatnya, ketika melakukan kerja-kerja tersebut, dia tak perlukan sarung tangan pun. Memang power lah! 

Lebah 1

Menurutnya, lebah akan berkelakuan seperti ini jika mereka sedang mencari tempat baru. Dia juga menjelaskan yang dia tak takut dengan lebah pada ketika itu sebab selalunya lebah tak akan rasa terancam jika mereka tidak mempunyai makanan, anak atau sarang yang perlu dilindungi.

Erika kemudiannya memindahkan haiwan-haiwan itu ke sarang baru. Dia juga mendapati yang lebah ni tak ada permaisuri, jadi Erika telah meletakkan seekor ratu lebah yang dibawanya ke dalam sarang tersebut.

Lebah 2

Sarang lebah itu kemudiannya telah dibawa ke apiari miliknya supaya haiwan tu boleh membiak dan menghasilkan madu di kawasan yang lebih selamat dan sesuai untuk habitat mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video TikTok berkenaan telah ditonton sebanyak 21 juta kali dan telah mendapat 4.4 juta likes daripada warganet. Video ini juga turut mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan keberanian wanita ini.

Photo6190290347901431364

Photo6190290347901431363

Photo6190290347901431365

Bukan biasa-biasa dia ni! 

Sumber: Daily Mail UK, TikTok @texasbeeworks

Baca: Gadis Pelik Ada Hobi Suka Main Binatang Berbahaya dan Letak Ulat Bulu Dekat Muka!

Lebah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.