Kecoh di media sosial semalam bila beberapa pelajar dari Kolej Matrikulasi Perak mengeluh kerana mereka dikompaun oleh pegawai kesihatan kerana melanggar SOP.
Dikatakan, pegawai kesihatan hadir ke kolej tersebut kerana mahu menyiasat kes keracunan makanan yang berlaku baru-baru ini, namun turut mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar yang tidak memakai pelitup muka semasa berjalan dari asrama ke kafe untuk membeli makanan berbuka.
Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InshaAllah
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 19, 2021
Turut dikesalkan, pelajar-pelajar di matrik ini telah dikuarantin selama 5 bulan dan tak dibenarkan untuk keluar sama sekali dari kawasan asrama. Tak cukup dengan itu, elaun mereka juga telah dikurangkan dan tak ada duit untuk bayar kompaun yang dikenakan.
Caprice nak cover cost kompaun
Ekoran isu tular ini, Caprice menerusi Instagram peribadinya telah tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar matrik ini.
Menurut Caprice, dia dan Hijabista Hub nak bantu pelajar-pelajar ini untuk tampung kos kompaun yang dikenakan serta nak bagi baju raya keluarannya secara percuma. Uish, bestnya!
https://www.instagram.com/p/CN2YZAYhqNo/?igshid=cmdzk6vg2wvd
Jadi, Caprice meminta pelajar-pelajar tersebut atau sesiapa yang mengenali pelajar matrik yang kena kompaun ini untuk hantarkan DM kepadanya.
Posting Caprice ini telah mendapat perhatian dari netizen yang rata-ratanya memuji tindakan selebriti ini, siap ada yang tumpang sekaki minta baju raya free jugak.
Harap-harap, pelajar yang kena kompaun ni dapatlah cari Caprice, sekurang-kurangnya tak adalah tertekan nak bayar kompaun yang mahal tu.
Terbaiklah Caprice!