in

Remaja Minta Potong Rambut Gaya Levi Ackerman, Tapi Lain Pula Yang Jadi

Cover 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata penggemar anime di dalam dunia ini mempunyai watak kegemaran mereka. Antara watak yang popular kerana karakter mereka ialah Sasuke dalam anime Naruto, Tezuka dalam anime The Prince of Tennis dan Kuroo dalam anime Haikyuu.


Turut tidak terkecuali, seorang remaja dari Indonesia terlalu mengidolakan watak Levi Ackerman sehingga sanggup memotong gaya rambut seakan-akan watak dalam anime Attack on Titan itu.

Levi Ackermann Anime Character Image 850

Buat anda yang tidak tahu, Levi Ackerman ialah seorang kapten bagi Special Operations Squad dalam Survey Corps. Kapten Levi merupakan salah satu watak penting dalam anime ini sehingga menjadi kegemaran ramai.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, remaja lelaki ini meminta tukang gunting rambut agar memotong rambutnya mengikut gaya watak Levi Ackerman.

“Bang, potong kayak Levi Ackerman, ya.”

Sebelum dipotong, difahamkan remaja ini mempunyai rambut yang panjang sehingga ke paras dagu. Namun, tidak semua yang diidamkan di dalam dunia ini akan kita dapat.

Hasilnya sangat mengejutkan apabila dia kelihatan jauh sekali daripada watak Levi Ackerman. Malah, remaja lelaki ini sendiri terkejut dengan rupa rambutnya selepas dipotong.

1 9

3 5

Meninjau di ruangan komen pula, ramai yang memberi komen secara berseloroh mengenai gaya rambut baru lelaki ini. Ada juga yang mengatakan gaya rambut ini menyerupai titan dan bukannya Kapten Levi.

A 1

C 1

D

E

B 1

Bagaimanapun, jelas remaja lelaki ini sekadar berkongsi gaya rambutnya di media sosial untuk tujuan hiburan. Apa komen anda tentang gaya rambut Levi Ackerman versi Indonesia ini?

 

Kredit: Suara

BACAPenjual ‘Nasi Kuning’ Mirip Oppa Lee Min Ho Buat Ramai Gadis Tak Keruan

Cover 4

Sumber: Fandom
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.