• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

Remaja Bayar Pemandu Teksi Untuk Rakam Facebook Live Terjun Jambatan Kerana Bergaduh Dengan Teman Lelaki

by Asma' Razak January 4, 2018, 6:50 pm

ShareTweet
Wanitaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini seorang lelaki pernah minum racun perosak live di Facebook dan mendakwa mahu semua orang melihatnya membunuh diri, kali ini ada seorang remaja perempuan pula dari Thailand cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan di Facebook Live miliknya.

Menurut Nextshark, seorang remaja perempuan dikenali sebagai Nitaya sedang dijejaki oleh pihak polis kerana telah terjun dari Jambatan Bangkok’s Rama 8 dua hari yang lalu. Remaja berusia 18 tahun tersebut didapati merakam video live di Facebook sewaktu melakukan terjunan.


B4
sumber: nextshark

Nitaya dilaporkan telah menaiki kenderaan milik seorang pemandu teksi dikenali sebagai Pataradanai Noomsrinart untuk membawanya ke jambatan berkenaan. Setibanya di destinasi yang dituju, remaja tersebut bagaimanapun tidak membenarkan pemandu teksi itu untuk terus pergi.

Malah, remaja terbabit dikatakan telah membayar 500 Thai Baht (bersamaan RM60) kepada pemandu teksi tersebut untuk membantunya merakam video live di Facebook! Pada kejadian jam 2 pagi itu, Natiya yang dilihat berada dalam keadaan mabuk sedang menyanyi lagu tentang perpisahan.

B1
sumber: nextshark

Dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya sebelum insiden tragis itu, Natiya kemudiannya memanjat dan duduk di atas jambatan sambil meminum arak. Semua insiden ini dirakam oleh Pataradanai di Facebook live milik Natiya. Remaja itu yang sedang duduk di atas jambatan kemudiannya tiba-tiba terjun ke dalam Sungai Chao Praya.

Terkejut dengan tindakan remaja perempuan itu, pemandu teksi tersebut segera menutup rakaman video yang dibuat olehnya lalu segera menghubungi pihak polis. Rakaman kamera litar tertutup mendapati bahawa Natiya terjun dari jambatan tersebut dengan sendirinya tanpa ditolak atau dibantu sesiapa.

B2
sumber: nextshark
B3
sumber: nextshark

Polis peronda yang menerima panggilan kecemasan dibuat oleh pemandu teksi tersebut menemui telefon bimbit, kad pengenalan Natiya dan satu botol minuman keras di tempat kejadian. Sewaktu menjelaskan insiden yang berlaku kepada pihak polis, pemandu teksi itu menceritakan bahawa Natiya kelihatan begitu kecewa dan sedih dengan kisah percintaannya.

Pun begitu, Natiya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk membunuh diri. Pataradanai juga memaklumkan bahawa dia melihat sendiri Natiya jatuh ke dalam sungai sebelum terkapai-kapai kelemasan.

Pihak polis menghubungi saudara Natiya dan mendapati bahawa remaja tersebut meninggalkan rumahnya dua tahun lepas untuk tinggal bersama teman lelaki.

Bergaduh dengan pasangan atau putus cinta memang perkara yang menyedihkan, tetapi janganlah sampai memudaratkan keselamatan diri sendiri kerana terlalu kecewa.

Baca: “Saya akan biar kamu semua tengok saya mati” – Lelaki Minum Racun Perosak Live Di Facebook

Mati

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Syaz Ft 15

    Kanak-Kanak M*ut Kemalangan 6 Kenderaan, Pemandu BYD Seal Berjaya Dikesan Polis

  • Bella Saddiq Article

    Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz

  • Ft Pmx

    Belanjawan 2027: Ini 10 Manfaat Yang Bakal Diterima Rakyat Malaysia Pada Tahun Depan

  • Syaz Ft 14

    Belanjawan 2027: Jawatan Tetap Doktor Kontrak, Elaun Naik & Pelan MediAsas Diperkenal

  • Syaz Ft 13

    Belanjawan 2027: 9 Juta Penerima STR Bakal Terima Sehingga RM150 Sebulan

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 41

    MYDIN Perkenal Kolam Berputar Pertama Di Malaysia, Seni Tradisional India Kini Lebih Interaktif!

  • Tiktok

    Pencipta Kandungan Malaysia Raikan Semangat Sukan di TikTok ClubHouse Tempatan Buat Pertama Kali

  • Collage 1

    Sunway Ipoh Mall Capai Kadar Sewaan 80% Menjelang Pembukaannya Pada 2027

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Jep

    “Kalau sembang, semua orang boleh, lagi-lagi zaman podcast” – Jep Sepahtu Tayang Resit Bayar Zakat

  • Ft Afwa

    “Dia buat magic, dah kena pi emergency” – Siti Nurhaliza ‘Cuak’ Afwa Masukkan Biji Manik Dalam Lubang Hidung

  • Syaz Ft 11

    “Lagu paling mencabar emosi” – Aina Abdul Pertaruh ‘Bluest Sky’ Ke Eurovision Asia 2026

  • Ft Tisha

    Terlibat Kes D*dah, Pelakon Gerak Khas 2.0 Mohon Maaf Kepada Datuk Yusof Haslam

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube