in

Remaja 16 Tahun Sanggup Kongsi Duit Untuk ‘Parti Liar’ Di Batu Ferringhi

remaja parti liar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, ketika usia muda remaja inilah kita banyak ingin mencuba pelbagai perkara tetapi itu bukanlah tiket untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang serta batas agama.

Terbaru, seramai 22 orang individu termasuk remaja bawah umur telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengadakan parti liar di sebuah banglo dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang.


Menurut laporan Kosmo!, sebuah serbuan kira-kira pukul 1.40 pagi pada 13 Oktober telah dijalankan, suspek yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki tempatan dan lapan wanita tempatan berusia 16 hingga 21 tahun.

pexels mauricio mascaro 801863
Gambar Hiasan

Difahamkan, kesemua individu berkenaan telah berkongsi wang untuk menyewa banglo tiga tingkat dengan bayaran RM1,000 sehari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong menyatakan, seramai enam daripada mereka merupakan remaja di bawah umur malah seorang daripada mereka juga masih bersekolah.

“Setiap pengunjung yang hadir ke parti ini dijemput menerusi kumpulan WhatsApp dan mereka perlu membayar wang antara RM80 hingga RM100 bagi menyertai pesta tersebut.

Kita juga dapati lapan perempuan yang sertai parti liar ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilunaskan oleh peserta lelaki.” katanya.

Selain itu, pihak polis juga telah merampas dua paket dadah jenis ketamin seberat 0.9 gram bernilai RM150 serta tiga biji pil ekstasi dengan anggaran berat 1.6 gram bernilai RM45.

Baca: Nak Lari Dari Dicekup, Remaja Curi Kereta Kantoi Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.