Menjadi juri tetap di konsert Big Stage 2023, setiap minggu penyanyi Aina Abdul tidak lari daripada menjadi bualan netizen.
Konsert pada minggu lalu Aina tampil dengan mengenakan busana yang dinamakan Waves of Emotion hasil rekaan Masyadi Mansoor.
Aina dilihat seperti diselubungi selimut besar atau sebahagiannya memanggil ‘toto’ berwarna-warni yang dijahit seperti persalinan kot labuh.
“Wave of Emotions “ design by me
Made the whole look for Aina Abdul tonight for #bigstage2023 pic.twitter.com/EeUmeTMqUl
— MSYD (@masyadimansoor) May 28, 2023
Menurut Masyadi, busana berkenaan diilhamkan daripada pelbagai emosi yang dirasai oleh semua manusia.
Katanya, manusia mengalami pelbagai emosi, ada kalanya gembira dan tiba-tiba boleh menjadi gelisah serta sedih hadir selepas itu. Apa jua emosi yang dirasai, tempat tidur menjadi lokasi di mana kita membiarkan emosi tersebut menyelebungi diri.
Difahamkan, ini bukanlah rekaan pertama beliau untuk fesyen Aina. Terdahulu, beliau pernah menyarungkan Aina di pentas separuh akhir Muzik-Muzik dalam persalinan serba putih yang diberi jolokan ‘selimut bergerak’ oleh netizen.
View this post on Instagram
Aina halang penonton belakang?
Pun begitu, busana yang dipakai penyanyi tersebut menjadi isu apabila didakwa telah menghalang pandangan penonton yang berada di belakangnya.
Memetik sumber Gempak, Masyadi mengatakan platform penjurian bagi program tersebut sememangnya diletakkan di bahagian hadapan dan tinggi sedikit sehingga menyebabkan berlaku sedikit halangan pada pandangan bagi penonton yang berada di bahagian belakang.
Jadinya, mereka yang duduk di barisan belakang juri bukanlah orang awam tetapi merupakan team juri dan team Astro.
Apapun, mungkin Aina ada sebab tersendiri mengapa masih memilih berbusana yang menonjol sebegitu walaupun beberapa kali menjadi kritikan netizen.
Baca: “Siap dengan bantal” – Busana Persis ‘Toto’, Aina Abdul Jadi Buah Mulut Netizen?