in

Rayuan Ditolak, Bekas Suami Jahidah Jalani Hukuman Penjara 14 Tahun

Ft Rosmaini Dipenjara 14 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hukuman penjara terhadap bekas suami Jahidah Nordin, Rosmaini Abdul Raof dinaikkan dari 10 tahun ke 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, pada 5 tahun lalu.

Hukuman tersebut dikenakan terhadap Rosmaini, 43, selepas panel tiga hakim bersetuju menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.


Artikel berkaitan: “Kalau kak boleh bercakap” – Adik Jahidah Respon Kes Lelaki Belas*h Isteri Hingga Keguguran

Artikel berkaitan: “Kami hanya mampu berserah” – Sudah 4 Tahun Terlantar, Otak Jahidah Rosak Teruk

10 tahun tidak memadai – Hakim

Panel tersebut dipengerusikan oleh Datuk Azman Abdullah dan dianggotai oleh Datuk Noorin Badaruddin serta Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid yang turut memerintahkan tertuduh membayar ganti rugi kepada mangsa sebanyak RM25,000 atau penjara selama 6 bulan jika gagal membuat pembayaran. Hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini.

Menurut Noorin, kes ini wajar dikenakan hukuman maksimum sebagaimana yang telah diperuntukan undang-undang kerana dapat mencerminkan keseriusan kes selain memenuhi keadilan dan memberi mesej tegas oleh mahkamah kepada masyarakat.

Screenshot 2026 05 04 124228

“Hukuman penjara 10 tahun ternyata tidak memadai. Ini bukan kes menyebabkan kecederaan parah yang biasa, sebaliknya fakta kes menunjukkan suatu serangan yang kejam dan berterusan oleh seorang suami terhadap isteri yang mengandung.”

Pada 4 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember 2024 yang mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini.

Bagaimanapun, Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad membenarkan agar pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhir diputuskan. Sebelum ini, Rosmaini sempat dipenjarakan selama 79 hari selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen.

Untuk rekod, pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin @ Sylvester, 46, yang ketika itu hamil 10 minggu, dengan memukul bahagian kepala, muka dan tangan mangsa serta menendangnya.

Kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru, pada jam 6 pagi, 4 Mei 2021.

Sumber : Buletin TV3, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.