in

Rasmi: Lineup Penuh Artis & DJ Antarabangsa Yang Ada Di Festival Out Of The World

Cats 19

Festival muzik dan air yang pertama dan terbesar di Malaysia akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 26 Mei 2023 hingga 28 Mei 2023 dan seperti yang kita ketahui sebelum ini, ianya menggabungkan pelancongan, seni, budaya dan hiburan, serta menjadi acara yang dinantikan pada tahun ini.

Dianjurkan oleh Genesis Entertainment Sdn. Bhd. (Genesis Entertainment), Out of The World (OOTW) berinisiatif untuk memberi pengalaman hiburan luar biasa dan memangkin industri pelancongan tempatan. Acara yang mempunyai tarikan taman tema dengan harga yang berpatutan tersebut dijangka akan menarik ramai pelancong dari seluruh dunia.

Berikut adalah senarai penuh artis tempatan dan luar negara yang akan menghiburkan para pengunjung sepanjang 3 hari tersebut.

Screenshot 4

Selain dari persembahan artis-artis berkenaan, OOTW turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti taman tema air bertingkat, kolam dan gelongsor air pemetaan unjuran AI, paparan kesenian, bazar makanan, laluan cabaran dan banyak lagi.

Pastinya, para pengunjung akan dijanjikan dengan hiburan yang menyeluruh, mengasyikkan dan seronok beserta pengalaman kebudayaan.

Pengarah Kanan (Domestik & Acara) Tourism Malaysia, En. Iskandar Mirza bin Mohd Yusof berkata, “Ianya mengujakan untuk menyaksikan badan korporat di Malaysia membawa inisiatif untuk mempromosi gabungan pelancongan, budaya dan hiburan.

Inisiatif seperti ini merupakan kunci untuk menjana permintaan antarabangsa terhadap acara seperti ini dan memacu perbelanjaan di dalam sektor pelancongan.

Ootw V2 05

Dalam masa yang sama, penganjuran acara yang unik yang menampilkan kepelbagaian dalam pelancongan, seni, budaya dan hiburan. Tambahan pula, seramai lebih 30,000 orang pengunjung dijangkakan akan menghadiri acara ini, menepati sasaran untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, dengan meningkatkan perbelanjaan pelancongan dan festival tersebut sebagai tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Inisiatif ini turut mengembangkan pasaran pekerjaan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam industri hiburan dan pelancongan.

Genesis Entertainment teruja untuk menyambut para pengunjung dari seluruh dunia untuk mengalami apa yang Malaysia mampu tawarkan. Tiket-tiket festival muzik dan air Out of The World boleh didapati di sini bermula hari ini, dengan tawaran pelbagai pakej.

Sumber: OOTW
Sumber: OOTW