in

Rasmi! KJ Kini Dilantik Jadi Ahli Lembaga Pengarah JDT

Ft Kj Jdt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin kini dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Johor Darul Ta’zim (JDT).


Memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor – TMJ

Dalam pada itu, bekas Menteri Sukan & Belia ini juga telah dilantik sebagai Penasihat Belia Johor.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.”

“JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor. “

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyatakan bahawa pelantikan KJ ini berdasarkan pengalaman luasnya dalam pelbagai bidang di negara ini dan baginda beranggapan bahawa beliau pasti akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa TMJ ada ‘meminang’ Khairy Jamaluddin bagi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak JDT.

Malah, Khairy juga adalah bekas Menteri Belia dan Sukan dari 2013-2018 di mana beliau mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda yang berbakat dan boleh dipasarkan ke luar negara.

Baca : “Sportinglah!” – [VIDEO] First Day Masuk Konti, Netizen Teruja Dengar KJ Berceloteh

Kj Jadi Dj Hot Fm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.