Kalau dulu korang mungkin pernah dengar resepi pelik macam Maggi campur Milo lah atau Burger Nasi Lemak lah… kali ini ada satu lagi resepi pelik yang dah viral kat media sosial beberapa hari lalu.
Memandang tengah musim durian, satu kedai burger ni viral di Facebook lepas mereka memperkenalkan resepi burger terbaru iaitu ‘Musang King Durian Burger’! Erk!
![viral musang king durian burger in penang have we gone too far world of buzz](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/07/viral-musang-king-durian-burger-in-penang-have-we-gone-too-far-world-of-buzz.jpg)
Buat ‘patties’ guna isi durian
Kedai NON HALAL yang bernama Ric’s Burger Joint dari Bayan Lepas, Penang ni katanya antara yang first keluarkan resepi ini. Apa yang special sangat tentang burger ni?
Dengarnya dorang tak adalah buat kerja malas dengan letak isi durian setepek atas daging burger tu. Kedai ini actually buat patties burger menggunakan isi durian tersebut tau!
Nah korang boleh tengok full video kat bawah:
https://www.facebook.com/PenangFoodie/videos/2264121127041964/?v=2264121127041964
“Sebagai orang Penang, saya panggil ni semua bullsh*t”
Rata-rata netizen yang meninggal komen di video tersebut jelas merasa jijik dengan menu baru dan lebih suka makan durian sebagai buah durian saja. Bukannya durian jadi burger ke, durian campur dengan mi maggie ke atau apa-apalah yang pellik.
![durian](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/07/durian.png)
Apa kata korang suruh kawan non muslim korang cuba dan tengok apa reaksi dorang? Min lebih suka Ramly Burger. Yang lain-lain min tak makan!