in

Rapid KL Beri Amaran Kepada ‘Pekerja’ Sebab Tertidur Lepas Marathon K-Drama

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak syarikat yang mula mengamalkan konsep bekerja dari rumah, atau lebih dikenali sebagai Work From Home (WFH).


Namun, masih ada segelintir pekerja yang menganggap bekerja daripada rumah ini sebagai peluang untuk mereka bermalas-malasan dan menangguhkan kerja yang diberi.

Turut berkongsikan kisah ‘pekerja’ yang mencuri tulang, Rapid KL ada memuat naik satu hantaran di laman Facebook yang menarik perhatian ramai netizen.

Kami menerima teguran berkenaan staff kami yang satu ini. Selepas siasatan dijalankan, rupanya beliau tak cukup tidur…

Posted by Rapid KL on Friday, January 15, 2021

138865663 3916471938376674 6270555915202503982 O

Menurut perkongsian tersebut, Rapid KL mendakwa mereka ada menerima laporan berkenaan ‘pekerja’ mereka yang tertidur di dalam pejabat. Selepas disiasat, ‘pekerja’ tersebut rupa-rupanya kepenatan selepas marathon drama Korea pada malam hari sebelumnya.

“Kami janji beliau dah tak tidur lagi ketika bekerja sebab tadi kami dah denda dia suruh sanitize satu gerabak LRT”

Berang dengan sikap ‘pekerja’ yang bertelinga capang dan penuh bulu itu, Rapid KL berjanji akan mengambil tindakan dengan mendenda ‘pekerja’ tersebut mencuci gerabak LRT.

“Tahu la time PKP ni tak ramai orang, jangan makan gaji buta pulak”, komen seorang netizen dalam hantaran Rapid KL tersebut.

Buat anda yang WFH, jangan jadikan pekerja Rapid KL ini sebagai contoh. Pastikan anda amanah dalam bekerja okay!

 

BACAKucing Ini Diselamatkan Dari Tapak Pelupusan Sampah, Diangkat Pula Jadi Timbalan Menteri

Aaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.