Baru-baru ini, polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditemui dalam Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan. Rangka tersebut dipercayai ialah mayat seorang lelaki yang dilaporkan pada tahun lalu.
Pemeriksaan di dalam kereta menemukan mayat yang diselaputi lumpur serta pas pekerja yang didaftarkan atas nama Muhammad Iman Aqmar.
Ibu mangsa luah rasa syukur
Ibu mangsa, Azmawati meluahkan rasa syukur apabila doanya selama sembilan bulan dimakbulkan untuk bertemu anaknya dalam apa jua keadaan sekalipun.
Wanita berusia 55 tahun bergerak ke Hospital Pekan sejurus menerima panggilan polis berhubung penemuan kenderaan milik anaknya, Grand Livina pada tengah hari beberapa hari lalu.
“Pada mulanya, ada seorang awam menghubungi saya sebab ingat berita tular di Facebook berhubung kehilangan anak sulung saya. Dia maklumkan nampak kereta arwah dalam sungai.”
“Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada polis memaklumkan perkara sama kira-kira jam 1 tengah hari. Saya yakin memang itu adalah anak saya, kerana jenis kereta dan nombor pendaftaran sama dengan kereta anak saya.”, kata wanita itu.
Jelas ibu mangsa, laluan di sungai terbabit sememangnya jalan yang dilalui oleh anaknya setiap kali pulang dari tempat kerja di Terengganu.
Untuk rekod, kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial apabila adiknya memohon doa orang ramai selepas abangnya gagal dikesan.
Kredit: Harian Metro
BACA: Lelaki Sanggup Langgar Kereta Bekas Tunang Banyak Kali Sebab Pertunangan Terputus