Kalau pada minggu lalu kita lihat Sajat bersama Roslan Shah lakukan aktiviti paranormal di Singapura, kali ini korang pasti geli hati melihat trio iaitu Dato Seri Vida, Ustaz Ebit Lew dan Roslan Shah pula terlibat dalam aktiviti yang sama.
Dalam video yang dikongsikan netizen di TikTok, dipaparkan telatah ‘gila-gila’ Dato Seri Vida bersama Ebit dan Roslan atau lebih mesra dipanggil Cik Lan ketika melakukan aktiviti paranormal.
Saya datang sebagai wakil netizen. Adakah tempat ini benar-benar menyeramkan ataupun saja-saja. Memang syukkk menyeramkan,” kata Dato Seri Vida.
@_headoverheelss_ doa makan 😝 #paranormal #paranormalactivity #nightwalk #ciklan #ustazebitlew #ebitlew #mbkfilm #mbkfilmstudio #videoviral
Seperti kebiasaan, Cik Lan kelihatan sedikit takut namun kerap kali diusik oleh Dato Seri Vida dan Ebit Lew yang kelihatan tenang di dalam video tersebut.
Difahamkan bagi episod rakaman kali ini, hanya Ebit dan Cik Lan sahaja akan melakukan aktiviti nightwalk di dalam hutan terlebih dahulu, manakala Dato Seri Vida pula akan melakukan aktiviti itu bersama selebriti dari Temasek tersebut pada 18 Ogos nanti.
@datoserividasgmall Betul ker DSV berani masuk hutan? Meremang bulu roma kakakkk😖 DSV bagi semangat pada CikLan dan Ustaz Ebit dulu.. next season DSV pulak nightwalk dalam hutan, ada yang nak tengok DSV? Cuba komen👻 #paranormal #singapore #masukhutan #seram #roslanshah #ustazebitlew #datoserivida
Artikel berkaitan: “Esoknya terus berubat” – Nak Rasai Pengalaman Seram, Sajat & Roslan Shah Buat Aktiviti Paranormal Di Singapura
“First time tengok paranormal tak berapa nak normal” – Netizen
Video berkenaan mengundang pelbagai komen daripada netizen yang tidak sabar melihat episod di mana Dato Seri Vida sendiri terlibat dalam aktivit berkenaan.
Malah ada juga yang mengatakan gabungan trio tersebut dianggap terlalu ‘random’ kerana ia sesuatu yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.
Adeh gelak sorang-sorang min tengok gelagat dia orang ni.
Sumber: TikTok